• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OPPO R17 Pro sarat dengan ciri-ciri peranti premium

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:35 pm
  • 22/11/2018
  • Komen
[Reviu] OPPO R17 Pro: Usaha Rampas Takhta Pakar Fotografi
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah sekian lama di-tease-kan, akhirnya OPPO R17 Pro tiba di Malaysia secara rasmi. Untuk masih yang belum tahu, R17 Pro adalah telefon midrange terbaik pernah OPPO hasilkan setakat ini. Ia menggabungkan beberapa manfaat daripada OPPO Find X dan juga OPPO R15 Pro.

OPPO R17 Pro miliki panel paparan AMOLED sebesar 6.4″ dengan resolusi HD Penuh. Ia ada takuk yang kecil yang dipanggil pengeluarnya sebagai “water drop notch“. Bahagian depan dan belakangnya dilapisi kaca Corning Gorilla Glass.



Tapi bahagian belakangnya lebih unik. Kemasan kaca frosty memberikan kesan pantulan cahaya yang menarik bergantung pada sudut pandangnya. Tiada pengimbas cap jari kelihatan di bahagian depan dan belakang telefon ini kerana ia terbina terus di dalam paparan.

Menguasakan telefon ini adalah Snadpragon 710 dengan bantuan RAM besar 8GB. Ia adalah satu-satunya telefon ber-Snapdragon 710 yang dijual secara rasmi di Malaysia.



Menemani CPU berkuasa itu adalah storan dalaman seluas 128GB tapi malangnya tiada slot mikro-SD diberikan padanya.

Pada bahagian pengimejan, konfigurasi trikamera belakang digunakan. Kamera utamanya memiliki sensor 12MP dengan apertur boleh ubah F1.5 ataupun F2.4. Kamera keduanya adalah kamera 20MP F2.0.

Kamera belakang ketiga R17 Pro adalah kamera TOF. Ia digunakan untuk merakamkan maklumat 3D daripada objek dunia sebenar. Maka, anda boleh menghasilkan model 3D dengan hanya menggunakan telefon, seperti yang pernah ada pada Xperia XZ1.

Untuk berswafoto, kamera 25MP F2.0 boleh digunakan. Menjadi lumrah OPPO, sistem kamera telefon ini turut ada sokongan AI untuk mencantikkan wajah.

Untunglah siapa yang memiliki R17 Pro kerana ia adalah telefon kedua selepas Find X Lamborghini Edition yang diberikan SuperVOOC. Menggunakan teknologi pengecasan ini, anda boleh mengecas penuh bateri 3,700mAh yang ada padanya dalam masa cuma 35 minit sahaja.

Kepada yang berminat memilikinya, OPPO R17 Pro diumumkan berharga RM2,699 di Malaysia. Ia boleh mula ditempah bermula 23 November 2018 di semua pengedar sah OPPO, serta di Celcom, Senheng dan SenQ. Tempahan awal akan menerima hadiah percuma berupa gelang pintar Neo Smartband bernilai RM389.

Spesifikasi OPPO R17 Pro

[table “134” could not be loaded /]
Tags: oppooppo r17 pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

26 Januari 2023
[Reviu] OPPO R17 Pro: Usaha Rampas Takhta Pakar Fotografi

OPPO R17 Pro sarat dengan ciri-ciri peranti premium

22 November 2018
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Anda boleh bergambar dalam sudut senget, serong, miring atau terbalik dengan telefon ini

Dapatkan pelbagai sudut gambar menarik guna Galaxy Z Flip4 tanpa bantuan tripod & orang lain

13 November 2022
Samsung Wallet kini di Malaysia, periksa telefon anda untuk kemas kini

Samsung Wallet kini di Malaysia, periksa telefon anda untuk kemas kini

30 Januari 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER