• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Gambaran lebih jelas ZenFone Max Pro M2 tersebar

  • OLEH Najib
  • 5:59 pm
  • 23/11/2018
  • Komen
Gambaran lebih jelas ZenFone Max Pro M2 tersebar
Share on FacebookShare on Twitter

ASUS ZenFone Max Pro M2 telah dijadualkan akan diperkenal di Malaysia pada 11 Disember 2018. Tetapi telah ada video terbocor tentangnya yang memperlihatkan dengan jelas rupa bentuknya, selain menceritakan tentang spesifikasi peranti tersebut.

Dalam video yang telah dihapuskan itu, beberapa perkara telah dikongsikan seperti penggunaan cip pemproses Snapdragon 660 di dalamnya. Skrin pula seluas 6-inci, dengan resolusi HD Penuh+ serta takuk di atas. Ia dilapisi kaca Corning Gorilla Glass yang sangat teguh.



Telefon ini akan dilengkapi dengan RAM sehingga 6GB dan storan dalaman sehingga 64GB. Sudah pasti, bateri yang dipasang di dalamnya sangat besar, berkapasiti 5,000mAh sama seperti model sebelumnya.

Untuk kamera pula, telahan kami sebelum ini mungkin salah kerana dalam video tersebut, ia menunjukkan ZenFone Max Pro M2 memiliki dua kamera belakang, dengan bulatan ketiga ialah LED Flash. Kamera belakang ini menggunakan sensor IMX486 12MP+5MP, dengan apertur F1.8, saiz sensor 1.25-mikron dan dikuasakan autofokus PDAF bersama penstabil imej elektronik.



Bagi kamera hadapan, ia menggunakan lensa 13MP F2.0 dan ditemani LED Flash bercahaya lembut yang sesuai untuk berswafoto.

Tetapi maklumat ini masih belum benar-benar pasti lagi. Ia mungkin akan berubah apabila diumumkan di Malaysia. Jadi kita masih kena menunggu info lebih tepat pada 11 Disember 2018.

[Sumber: Beetelbite, GSMarena]

Tags: asusZenFone Max Pro M2
Najib

Najib

POPULAR

Gambaran lebih jelas ZenFone Max Pro M2 tersebar

Gambaran lebih jelas ZenFone Max Pro M2 tersebar

23 November 2018
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN