• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Biru Polaris dan Putih Salju warna baru Samsung Galaxy S9, S9+ dan Note9

  • OLEH Najib
  • 2:39 pm
  • 28/11/2018
  • Komen
Biru Polaris dan Putih Salju warna baru Samsung Galaxy S9, S9+ dan Note9
Share on FacebookShare on Twitter

Hujung tahun hampir tiba, bermakna musim cuti juga akan bermula. Ia juga masa untuk membeli-belah sebagai persiapan Hari Natal dan Tahun Baru.

Samsung baru sahaja mengumumkan warna-warni baru untuk telefon pintar flagship mereka, Galaxy S9, Galaxy S9+ dan Galaxy Note9. Cuma, warna-warni baru ini hanya terdapat di pasaran tertentu sahaja.



Bermula dengan Galaxy S9 dan S9+, di Jerman satu warna baru diumumkan untuk siri ini. Warna Polaris Blue dengan efek gradient biru ke putih telah diperkenalkan. Efek warna ini turut boleh dilihat di bahagian sisi bingkai.

Untuk Galaxy Note9 pula, Samsung Taiwan melancarkan warna Putih Salju atau Snow White. Warna ini telah lama tersebar sebelum ini, dan akhirnya telah disahkan ketibaannya.



Galaxy Note9 Snow White ini memiliki warna putih penuh di belakang, S-Pen berwarna putih dan bahagian hadapan diselaputi warna hitam.

Samsung Taiwan turut membuat promosi istimewa. Untuk pembeli Galaxy Note9 Snow White sebelum 31 Disember 2018, akan menerima hadiah percuma berupa pengecas wayarles pantas edisi terhad.

Ketibaan warna baru untuk telefon pintar Samsung ini memang sangat menarik. Tetapi sayangnya, buat masa ini ia hanya terdapat di negara pengumumannya sahaja. Galaxy S9 dan S9+ Polaris Blue di Jerman, dan Galaxy Note9 Snow White di Taiwan.

Tiada khabar tentang penjualannya di negara lain, termasuk Malaysia. Kebiasannya, ia juga akan terdapat di peringkat antarabangsa di masa akan datang. Bila? Kena tunggu pengumuman selanjutnya dari Samsung.

[Sumber: Samsung Jerman, Samsung Taiwan]

Tags: Galaxy Note9Galaxy S9samsung
Najib

Najib

POPULAR

Biru Polaris dan Putih Salju warna baru Samsung Galaxy S9, S9+ dan Note9

Biru Polaris dan Putih Salju warna baru Samsung Galaxy S9, S9+ dan Note9

28 November 2018
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN