• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme U1 perkakas bajet dengan kamera swafoto bertaraf tinggi

  • OLEH Najib
  • 7:41 pm
  • 29/11/2018
  • Komen
Realme U1 perkakas bajet dengan kamera swafoto bertaraf tinggi
Share on FacebookShare on Twitter

Realme telah membuat pendaratan pertama di Malaysia bulan lepas dengan tiga model telefon pintar: Realme C1, Realme 2 dan Realme 2 Pro. Di India pula, mereka baru sahaja melancarkan satu lagi model telefon pintar yang lebih baru untuk penggemar swafoto, Realme U1.

Realme U1 memiliki rupa yang sangat serupa dengan Realme 2 Pro, seperti skrin 6.3-inci bertakuk titisan air di depan dan susunan dwi-kamera mendatar di belakang. Tetapi di dalamnya jauh berbeza. Untuk prestasi, ia masih di bawah Realme 2 Pro.



Pemproses Mediatek P70 diperkenalkan buat pertama kalinya bersama Realme U1. Ia memiliki 8-teras pemproses diperbuat dari proses FinFET 12nm, gandingan 4-teras A73 berkuasa tinggi dan 4-teras A53 yang lebih jimat tenaga. Kuasa ini dipadankan dengan pilihan RAM 3GB bersama storan 32GB, atau RAM 4GB dan storan 64GB.

Dari segi ujian prestasi Antutu, pemproses Mediatek P70 di Realme U1 mengatasi pemproses Snapdragon 636 di Redmi Note 6 Pro dan juga pemproses kirin 710 di Honor 8X.



Untuk kamera belakang, ia mengguna pakai dwi-lensa 13MP+2MP untuk menepati syarat tangkapan gambar bokeh. Tetapi di hadapan, ia menggunakan lensa Sony IMX 576 25MP F2.0 di atas sensor 4-dalam-1 bersaiz 1.8-mikron, untuk memberikan tangkapan swafoto yang cerah dan menawan.

Bateri 3,500mAh dimuatkan di dalam Realme U1 dan disertakan pengecas 5V2A (10W). Pengimbas capjari fizikal terletak di belakang telefon. Selain itu, pengecaman wajah turut boleh digunakan untuk membuka kunci skrin.

Realme U1 datang dalam tiga pilihan warna iaitu Hitam, Emas dan Biru.

Di India, Realme U1 akan mula dijual pada 5 Disember 2018 dengan harga

  • Realme U1 (3GB+32GB) – Rs.11,999 (~RM717)
  • Realme U1 (4GB+64GB) – Rs.14,499 (~RM867)

Untuk perbandingan, harga Realme 2 Pro di India dan Malaysia ialah

  • Realme 2 Pro (4GB+64GB) – Rs.13,990 / RM849
  • Realme 2 Pro (4GB+64GB) – Rs.15,990 / RM949
  • Realme 2 Pro (4GB+64GB) – Rs.17,990 / RM1,099

Dari harga di atas, kita boleh jangka harga Realme U1 akan lebih mahal sikit dari Realme 2 Pro untuk spesifikasi RAM dan storan yang sama. Tetapi ia memiliki harga permulaan lebih rendah dengan pilihan RAM dan storan yang lebih rendah.

Tetapi buat masa ini, masih tiada khabar ia akan tiba ke Malaysia. Buat peminat swafoto, mungkin kena tunggu tahun depan untuk mendapatkan Realme U1 ini.

Tags: RealmeRealme U1
Najib

Najib

POPULAR

Realme U1 perkakas bajet dengan kamera swafoto bertaraf tinggi

Realme U1 perkakas bajet dengan kamera swafoto bertaraf tinggi

29 November 2018
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN