• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Akan ada dua model Zenfone Max M2 diperkenal

  • OLEH Najib
  • 7:30 pm
  • 30/11/2018
  • Komen
Akan ada dua model Zenfone Max M2 diperkenal
Share on FacebookShare on Twitter

Kita telah dimaklumkan oleh ASUS Indonesia dan ASUS Malaysia tentang ketibaan telefon pintar kelas pertengahan terbaru mereka, Zenfone Max Pro M2 pada 11 Disember kelak. Beberapa gambar petunjuk telah dikongsi sendiri oleh ASUS, tetapi gambar lengkapnya telah mula terbocor.

Roland Quandt telah berkongsi di twitternya berkenaan gambar penuh Zenfone Max Pro M2, dan juga Zenfone Max M2. Maklumat beliau ini selari dengan gambar terbocor yang telah disebar sebelum ini, tetapi kali ini dengan lebih maklumat.



Seperti yang telah diberitakan sebelum ini, Zenfone Max Pro M2 memiliki skrin hadapan bertakuk, berukuran 6-inci HD Penuh+ dalam nisbah 19.5:9. Di belakang, ia menggunakan kaca sebagai lapisan luar dengan warna berkilauan.

Kuasa dalaman Zenfone Max Pro M2 akan dipacu oleh cip pemproses Snapdragon 660, RAM sehingga 4GB dan storan antara 64GB dan 128GB. Ia turut menerima kad mikroSD untuk storan tambahan.



Bagi Zenfone Max M2 pula, ia menggunakan skrin yang sama berukuran 6-inci HD Penuh+ dan bertakuk. Tetapi di belakangnya berbeza, ia menggunakan badan besi. Dua kamera dan pengimbas capjari turut terdapat di belakang.

Di dalam juga sedikit berbeza. Zenfone Max M2 akan menggunakan cip pemproses lama, Snapdragon 636, bersama RAM sehingga 4GB dan storan antara 32GB dan 64GB. Kad mikroSD juga diterima untuk menambah storan. Pendek kata, ia hampir serupa dengan Zenfone Max Pro M1.

Satu perkara yang telah disahkan sendiri oleh ASUS ialah penggunaan bateri 5,000mAh yang akan digunakan di Zenfone Max Pro M2. Jika anda berpuas hati dengan hayat bateri Zenfone Max Pro M1, maka anda pasti suka dengan hayat bateri Zenfone Max Pro M2 nanti.

ASUS Malaysia dan ASUS Indonesia telah meletakkan tarikh 11 Disember untuk pelancarannya. Pasti lebih banyak maklumat seperti tarikh jualan dan harga akan diumumkan nanti. Sama-sama kita tunggu kedatangannya.

[Sumber: WinFuture]

Tags: asusZenFone Max Pro M2
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Akan ada dua model Zenfone Max M2 diperkenal

Akan ada dua model Zenfone Max M2 diperkenal

30 November 2018
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER