Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Diskaun RM700 untuk iPhone 7 Plus 128GB

Jika anda mencari telefon pintar iPhone dengan skrin dan bateri yang besar tetapi bajet yang tidak berapa besar, salah satu pilihan terbaik adalah iPhone 7 Plus. Lebih baik lagi, anda boleh mendapatkannya dengan diskaun RM700 untuk model 128GB di Machines.

Machines kini menawarkan diskaun RM700 untuk pembelian iPhone 7 Plus 128GB, menjadikan harganya hanya RM2,499 dari harga asal RM3,199. Ia adalah diskaun yang sangat besar, memandangkan harga iPhone 7 Plus 32GB berharga RM2,749.

Tetapi diskaun ini dilihat hanya untuk warna Hitam sahaja. Warna lain seperti Rose Gold, Gold dan Silver masih kekal dengan harga biasa RM3,199.

Kalau anda tak berapa ingat, iPhone 7 Plus memiliki skrin 5.5-inci HD penuh 16:9, dan dikuasakan cip pemproses Apple A10 Fusion. Ia adalah telefon pintar pertama Apple dengan dwi-kamera 12MP di belakang, menawarkan fungsi 2x zum optikal.

Selain itu, iPhone 7 Plus juga adalah generasi pertama iPhone tanpa jek fon kepala 3.5mm tetapi memiliki pengikitirafan kalis air dan debu IP67.

Kepada yang berminat untuk mendapatkan iPhone 7 Plus dengan diskaun RM700 ini, segera layari Stor Online Machines sebelum kehabisan stok.

BACA  Tiada lagi Pro, OnePlus 8T seterusnya akan guna nama Ultra