Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Tumblr akan mengharamkan kandungan dewasa

Tumblr merupakan salah satu laman sosial perkongsian gambar dan video yang lebih meluas berbanding Facebook dan Instagram, kerana ia membenarkan kandungan dewasa atau lucah, dimuat naik. Tetapi kebenaran tersebut akan tamat tidak lama lagi.

Hari ini Tumblr mengumumkan akan mengharamkan sebarang bentuk kandungan dewasa bermula 17 Disember 2018. Kandungan tersebut termasuk dalam bentuk gambar, video, ilustrasi atau animasi GIF yang memperlihatkan alat kelamin manusia atau titik dada perempuan, serta sebarang bentuk yang menggambarkan aksi seks.

Langkah ini diambil oleh Tumble dipercayai selepas aplikasi mereka dibuang dari Apple Appstore, kerana memaparkan gambar penderaan seksual kanak-kanak di platform sosial mereka.

Menurut Tumblr, mereka memiliki pengkalan data berkenaan kandungan berkaitan penderaan seksual terhadap kanak-kanak. Mana-mana gambar yang memiliki kandungan berikut, akan dikesan dan dibuang, tidak akan terpapar langsung di Tumblr.

Tetapi dalam kes ini, gambar tersebut dikatakan tidak menepati tapisan yang dimiliki Tumblr. Jadi sistem telah melepaskan gambar tersebut dan berjaya dimuat naik di Tumblr. Bagaimanapun, ia dikesan oleh audit rutin yang dijalankan dan segera dibuang. Tetapi, sudah terlewat kerana Apple mengesannya dan mengambil tindakan dengan pantas.

Tumblr menyedari mereka bertanggungjawab terhadap impak kepada dunia meliputi pelbagai golongan umur, demografik, budaya, dan pemikiran. Dengan mengambil tindakan mengharamkan kandungan tersebut, Tumblr boleh menjadi tempat di mana orang ramai boleh berkongsi luahan diri dengan lebih selesa.

Bagaimanapun, beberapa bentuk kandungan masih akan dibenarkan seperti penyusuan bayi, kelahiran, dan situasi berkaitan kesihatan, serta perkara erotik berbentuk seni. Mereka yang menerima amaran berkaitan kandungan dewasa, akan diubah tetapan ke peribadi dan boleh membuat rayuan ke Tumblr jika merasakan ia tidak melanggar peraturan baru ini.

BACA  Kenapa YB lebih gemar lakukan buli siber berbanding selesaikan isu sebenar?

Tumblr berjanji untuk terus bertindak setelus mungkin terhadap pengguna, berkaitan sebarang langkah yang diambil di masa depan.

Kepada rakyat Malaysia, siapa yang masih menggunakan Tumblr sebagai platform media sosial utama mereka berbanding Facebook, Twitter dan Instagram?

[Sumber: Engadget, Tumblr]