Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Tumblr dibuang dari stor aplikasi iPhone

Tumblr merupakan sebuah laman media sosial yang banyak digunakan untuk berkongsi gambar dan video. Tetapi ia nampaknya telah melanggar polisi Apple yang menyebabkan aplikasi Tumblr dibuang dari Apple Appstore.

Kehilangan Tumblr dari Apple Appstore telah disedari sejak 16 November 2018, tetapi pasukan Tumblr baru mahu menerangkan sebabnya. Ia disebabkan terdapat gambar berkaitan kanak-kanak yang tidak sesuai dimuat naik di laman sosial tersebut.

Menurut Tumblr, mereka memiliki pengkalan data berkenaan kandungan berkaitan penderaan seksual terhadap kanak-kanak. Mana-mana gambar yang memiliki kandungan berikut, akan dikesan dan dibuang, tidak akan terpapar langsung di Tumblr.

Tetapi dalam kes ini, gambar tersebut dikatakan tidak menepati tapisan yang dimiliki Tumblr, jadi sistem telah melepaskan gambar tersebut dan berjaya dimuat naik di Tumblr. Bagaimanapun, ia dikesan oleh audit rutin yang dijalankan dan segera dibuang.

Tumblr sebenarnya memang terkenal sebagai platform perkongsian gambar yang tidak sesuai dilihat sewaktu kerja (NSFW). Kerana itu, ia pernah diharamkan di Indonesia selama sehari disebabkan kandungan terlampaunya. Korea Selatan juga pernah meminta Tumblr untuk membuat pantauan dengan lebih baik berkaitan kandungannya.

Hanya aplikasi Tumblr yang hilang dari Apple Appstore. Ia masih boleh diakses menerui pelayar web di iPhone seperti Safari dan Chrome. Adakah perkara ini mempengaruhi hidup seharian anda, terutama sekali jika anda pengguna iPhone?

[Sumber: BBC]

BACA  Mi Watch, ahli baru dalam lautan produk jejak kecergasan Xiaomi diumum