• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OPPO mula menyokong e-sim dengan bantuan Durian

  • OLEH Najib
  • 12:34 pm
  • 07/12/2018
  • Komen
OPPO R17 Pro sarat dengan ciri-ciri peranti premium
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas Xiaomi mengumumkan sokongan terhadap e-sim, hari ini OPPO Malaysia pula menyatakan peranti mereka juga boleh mula menggunakan e-sim. Dengan e-sim, pengguna tidak perlu mendapatkan kad sim fizikal lagi untuk berhubung ke rangkaian telekomunikasi bagi membuat panggilan, menghantar SMS dan juga berinternet.

Buat masa ini, hanya dua telefon pintar OPPO yang boleh menggunakan e-sim, OPPO F9 dan OPPO R17 Pro. OPPO memaklumkan, telefon pintar lebih baru dari dua model ini juga akan menyokong e-sim. Mungkin ia berkaitan versi sistem operasi ColorOS yang digunakan.



Sama seperti Xiaomi, OPPO bekerjasama dengan Durian Man untuk membawakan perkhidmatan e-sim ini. Jadi, pengguna perlu memuat turun aplikasi Durian Man dari Google Playstore terlebih dahulu.

Selepas itu, lancarkan aplikasi Durian Man dan daftar akaun. Selepas mengaktifkan akaun Durian Man, pengguna boleh mula mendaftar pelan prabayar yang diingini, serendah RM1 sehari.



Untuk mengetahui cara pendaftaran dan menggunakan e-sim Durian Man, anda boleh merujuk cara-caranya dari artikel kami di sini. Sama sahaja cara menggunakannnya di telefon Xiaomi dan OPPO.

Bagi menarik minat orang ramai, pendaftaran e-sim Durian Man di tiga lokasi Stor Konsep OPPO dari 5 hingga 31 Disember 2018, berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah berjumlah RM30,000. Tiga lokasi tersebut ialah:

  1. Stor Konsep OPPO The Mines
  2. Stor Konsep OPPO SS15 Subang Jaya
  3. Stor Konsep OPPO Lowyat

Dengan e-sim Durian Man, pengguna bukan sahaja tidak perlukan kad sim fizikal untuk berhubung di dalam negara, malah boleh melanggan data perayauan di luar negara tanpa menggunakan sim juga. Antara negara yang boleh menggunakan e-sim Durian Man ialah seperti Singapura, Thailand, Jepun, Hong Kong dan China.

Tags: Durian ManeSimoppo
Najib

Najib

POPULAR

OPPO R17 Pro sarat dengan ciri-ciri peranti premium

OPPO mula menyokong e-sim dengan bantuan Durian

7 December 2018
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Proton X90 2026 dilancar dengan enjin turbo i-GT 4 silinder, dari RM99,800

Proton X90 2026 dilancar dengan enjin turbo i-GT 4 silinder, dari RM99,800

11 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN