• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Yoodo akan perkenal e-sim dan pelbagai fungsi baru

  • OLEH Najib
  • 11:29 am
  • 10/12/2018
  • Komen
Yoodo akan perkenal e-sim dan pelbagai fungsi baru
Share on FacebookShare on Twitter

Yoodo baru-baru ini meraikan penggunanya dalam satu acara bertemu komuniti. Pelbagai permainan disediakan yang memberi hadiah kepada pengunjung dan diakhiri dengan acara menonton filem Robin Hood di pawagam.

Dalam acara tersebut, Yoodo turut berkongsi beberapa pelan akan datang mereka untuk menambah fungsi Yoodo agar lebih berdaya saing di pasaran. Terdapat 5 perkara yang telah sedia dalam perancangan mereka akan datang.



Baru-baru ini, Yoodo telah melancarkan pelan perayauan data mereka, Roam Like Home di 53 negara. Ia menawarkan penggunaan kuota data di Malaysia, ke luar negara dengan kadar raata, RM10 atau RM20 untuk kegunaan 24 jam. Yoodo berterima kasih kepada semua pengguna kerana berkongsi penggunaan perayauan data mereka di luar negara, membolehkan Yoodo melancarkan Roam Like Home Plus dengan ujian hanya selama sebulan.

Ia diikuti dengan pengenalan perbankan online. Sebelum ini, pengguna Yoodo hanya boleh menggunakan kad debit/kredit atau Paypal untuk membuat bayaran. Bermula hujung bulan Disember ini, pengguna Yoodo turut boleh menggunakan perbankan online untuk membuat bayaran. Yoodo menyokong perbankan online pelbagai bank di Malaysia.



Perancangan pertama untuk tahun depan dimulakan dengan Flexi Booster. Jika sebelum ini, pembelian booster adalah sama harganya tidak kira bila anda membelinya, dan ia akan tamat pada akhir kitaran bil.

Dengan Flexi Booster, pengguna Yoodo akan dikenakan caj Booster yang lebih rendah mengikut baki hari menuju ke kitaran akhir bil. Jika tinggal 5 hari, maka Booster tersebut lebih murah berbanding tinggal 15 hari lagi.

Seterusnya, Yoodo akan memperkenalkan Data Sharing. Kami dimaklumkan, ia akan membolehkan pengguna berkongsi data sesama nombor yang dimiliki oleh pengguna. Jika seseorang itu memiliki 3 nombor Yoodo, maka dia hanya perlu membeli data pada satu nombor, dan dikongsikan kepada dua lagi nombor lain.

Akhir sekali, Yoodo menyatakan mereka sedang membuat persiapan untuk memperkenalkan e-sim di rangkaian mereka. Bagaimanapun, ia tidak akan dilancarkan dalam masa terdekat. Mungkin sekitar pertengahan tahun hadapan.

Sebelum mengakhiri sesi pertemuan ini, Yoodo memberi petunjuk akan memulakan promosi baru di pembukaan tahun 2019 nanti. Sebelum ini , Yoodo menawarkan RM20 kredit percuma untuk semua pendaftaran baru, dan promosi Booster 20GB RM20 sehingga 31 Disember 2018.

Apakah agaknya promosi baru mereka? Untuk yang belum mendaftar Yoodo, anda boleh mendapatkan RM20 kredit percuma dengan mendaftar di sini. Selepas itu, anda juga boleh membeli Booster 20GB dengan kredit percuma RM20 tersebut, tetapi promosi ini berakhir pada 31 Disember 2018. Jangan ketinggalan untuk mendapatkannya.

Tags: eSimyoodo
Najib

Najib

POPULAR

Yoodo akan perkenal e-sim dan pelbagai fungsi baru

Yoodo akan perkenal e-sim dan pelbagai fungsi baru

10 December 2018
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN