• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Perayauan Data Yoodo Roam Like Home kini aktif di 53 negara

  • OLEH Najib
  • 3:09 pm
  • 07/11/2018
  • Komen
Bayar RM20 dapat 20GB data di Yoodo dilanjutkan ke hujung tahun
Share on FacebookShare on Twitter

Tak lama lepas membuat ujian Beta, hari ini Yoodo mengumumkan program perayauan data mereka telah diaktitfkan sepenuhnya. Bermula dengan 12 negara, perayauan data Yoodo Roam Like Home (RLH) kini diperluaskan ke 53 negara.

Yang menariknya tentang Yoodo RLH ialah ia menggunakan kuota data sedia di luar negara. Contohnya, jika anda memiliki kuota 20GB yang dibeli RM20, semua kuota ini boleh digunakan di luar negara dengan melanggan RLH.



Yoodo RLH mengenakan kadar rata untuk penggunaan 24 jam. Terdapat dua zon bayaran, zon pertama dikenakan kadar RM10 manakala zon kedua RM20. Sebanyak 12 negara di dalam zon pertama dan 41 negara di dalam zon kedua.

Kadar ini boleh dikatakan agak murah berbanding kadar perayauan data biasa, yang mengenakan caj RM38 sehari dengan kuota hanya 500MB. Apatah lagi, penggunaannya dikira 24 jam dari masa pengaktifan. Bukan pukul 12 tengah malam Kuala Lumpur, atau tengah malam negara yang dikunjungi.



Tetapi ia masih tidak dapat menandingi perayauan data Digi, yang menawarkan kadar RM15 selama 24 jam, bersama 500MB data dan 10 minit panggilan tempatan/Malaysia, atau kadar RM25 untuk 72 jam yang datang dengan 2GB data dan 30 minit panggilan tempatan/Malaysia.

Yoodo menyatakan, perayauan data RLH ini tidak dilanggan semula secara automatik. Ia harus dilanggan secara manual di dalam aplikasi. Ini untuk mengelakkan kejutan bil yang tidak diingini, seperti terlupa membatalkan langganan. Pengguna juga perlu menetapkan rakan rangkaian negara yang dilawati secara manual. Senarai penuh boleh dirujuk di bawah ini.

Yoodo juga memaklumkan mereka kini sedang mengkaji pelan perayauan untuk 3-hari dan 7-hari. Mungkin ia ditawarkan secara pakej RLH lebih murah, seperti 1-hari RM20, 3-hari RM50 atau 7-hari RM100.

Yoodo masih memberikan kad sim secara percuma. Ia datang bersama kredit RM20 juga percuma, untuk masa terhad. Di samping itu, Yoodo turut menawarkan pembelian 20GB data tambahan serendah RM20 sahaja sehingga hujung tahun ini. Jika berminat untuk mendapatkan kad sim Yood0, boleh mendaftar di sini.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Yoodo.

Tags: Perayauan DataPerayauan Internetyoodo
Najib

Najib

POPULAR

Hanya tablet yang boleh berhubung terus dengan telefon layak digelar tablet terbaik

Cara kerja moden lebih maju menggunakan tablet generasi baru

15 September 2023
Guna cara moden ini untuk dapatkan tidur berkualiti dan gaya hidup sihat

Guna cara moden ini untuk dapatkan tidur berkualiti dan gaya hidup sihat

15 September 2023
Xiaomi 13T, telefon termurah dengan kamera Leica & kalis air IP68

Xiaomi 13T Pro tiada lagi Snapdragon, telefon 1TB pertama Xiaomi dan dijamin kemaskini 5 tahun

26 September 2023
Bayar RM20 dapat 20GB data di Yoodo dilanjutkan ke hujung tahun

Perayauan Data Yoodo Roam Like Home kini aktif di 53 negara

7 November 2018
Kerajaan hulur pelbagai bantuan kepada penghuni PPR di bawah Belanjawan 2023 antaranya Internet percuma, kelas pemulihan dan pembaikan lif

Kerajaan hulur pelbagai bantuan kepada penghuni PPR di bawah Belanjawan 2023 antaranya Internet percuma, kelas pemulihan dan pembaikan lif

2 Ogos 2023
Kenapa masih guna 4G, kalau 5G lebih berbaloi dan ada telefon PERCUMA?

Kenapa masih guna 4G, kalau 5G lebih berbaloi dan ada telefon PERCUMA?

9 September 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER