• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bayar RM20 dapat 20GB data di Yoodo dilanjutkan ke hujung tahun

  • OLEH Najib
  • 4:34 pm
  • 01/11/2018
  • Komen
Bayar RM20 dapat 20GB data di Yoodo dilanjutkan ke hujung tahun
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah beberapa bulan Yoodo menjalankan promosi data add-on sebanyak 20GB pada harga hanya RM20, dan hari ini mereka mengumumkan promosi ini dilanjutkan ke hujung tahun. Sebelum ini, promosi dikatakan akan berakhir pada 31 Oktober 2018.

Untuk pengguna sedia ada, pastikan anda telah melanggan mana-mana pelan Yoodo, paling murah pelan 50 SMS RM3. Kemudian boleh beli add-on 20GB data berharga RM20 ini.



20GB untuk RM20 kini telah disambung sehingga 31 Disember 2018. Serius, tak tipu, Yoodo sayang korang. #youdoitbetter

Info: https://t.co/aQsfkfYAlR pic.twitter.com/b3ZsYvmraw

— Yoodo (@yoodoMY) October 31, 2018

Jika anda masih belum memiliki Yoodo, anda boleh menerima RM20 kredit percuma apabila mengaktifkan kad sim Yoodo. Lebih baik lagi, dapatkan kod referral dari rakan yang telah menggunakan Yoodo, agar mereka juga boleh menerima kredit RM20 percuma. Atau, guna kod referral kami dari pautan ini: Yoodo Referral taanz9610

Dengan kredit RM20 ini, anda boleh melanggan 20GB data tadi yang berharga RM20. Kan macam dapat data 20GB percuma.



Di samping itu, Yoodo sedang mengadakan ujian perayauan data di luar negara. Roam Like Home (RLH) membolehkan pengguna Yoodo menggunakan kuota data mereka di luar negara, dengan caj RM10 sehari. Lebih menarik lagi, Yoodo kini menawarkan perayauan data RLH secara percuma ke 41 negara, dalam tempoh percubaan ini. Senarai penuh 41 negara ini dan cara-cara untuk menggunakannya boleh dirujuk di sini.

Pelan yang ditawarkan oleh Yoodo boleh dikatakan antara yang termurah di pasaran. Pengguna Yoodo juga tidak terikat dengan satu jenis pelan, malah boleh mengubah jenis pelan yang diingini setiap bulan.

Selain kuota data sepanjang masa, minit panggilan dan SMS, pengguna Yoodo juga boleh melanggan data tambahan dalam bentuk data khas Facebook, WhatsApp atau Instagram sebanyak 20GB hanya RM5 sebulan, atau data khas YouTube 20GB hanya RM10 sebulan.

Yoodo juga sekarang sedang mengadakan peraduan yang menyediakan 10 unit telefon pintar Huawei nova 3i sebagai hadiah bulan ini. Caranya mudah sahaja, hanya berbelanja minima RM50 untuk pelan anda dalam apa jua bentuk data/minit/SMS dari 1 hingga 30 November 2018. Pemenang akan dipilih secara rawak. Maklumat lanjut boleh disemak di sini.

Tunggu apa lagi. Kalau belum ada sim kad Yoodo, pesan kad sim Yoodo sekarang. Terima kredit RM20 percuma dan belilah 20GB data pada harga RM20. Kemudian, beli pelan sehingga RM50 jika berminat untuk peluang memenangi sebuah Huawei nova 3i.

Tags: yoodo
Najib

Najib

POPULAR

Hanya tablet yang boleh berhubung terus dengan telefon layak digelar tablet terbaik

Cara kerja moden lebih maju menggunakan tablet generasi baru

15 September 2023
Guna cara moden ini untuk dapatkan tidur berkualiti dan gaya hidup sihat

Guna cara moden ini untuk dapatkan tidur berkualiti dan gaya hidup sihat

15 September 2023
Xiaomi 13T, telefon termurah dengan kamera Leica & kalis air IP68

Xiaomi 13T Pro tiada lagi Snapdragon, telefon 1TB pertama Xiaomi dan dijamin kemaskini 5 tahun

26 September 2023
Bayar RM20 dapat 20GB data di Yoodo dilanjutkan ke hujung tahun

Bayar RM20 dapat 20GB data di Yoodo dilanjutkan ke hujung tahun

1 November 2018
Kerajaan hulur pelbagai bantuan kepada penghuni PPR di bawah Belanjawan 2023 antaranya Internet percuma, kelas pemulihan dan pembaikan lif

Kerajaan hulur pelbagai bantuan kepada penghuni PPR di bawah Belanjawan 2023 antaranya Internet percuma, kelas pemulihan dan pembaikan lif

2 Ogos 2023
Kenapa masih guna 4G, kalau 5G lebih berbaloi dan ada telefon PERCUMA?

Kenapa masih guna 4G, kalau 5G lebih berbaloi dan ada telefon PERCUMA?

9 September 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER