• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Promosi akhir tahun pelbagai telefon pintar Wiko

  • OLEH Najib
  • 2:41 pm
  • 12/12/2018
  • Komen
Promosi akhir tahun pelbagai telefon pintar Wiko
Share on FacebookShare on Twitter

Bermula dari 10 Disember hingga 6 Januari 2019, Wiko Malaysia menawarkan beberapa model telefon pintar keluaran mereka dengan diskaun dan hadiah percuma.

Untuk pembelian Tommy3 Plus yang berharga RM399, pembeli akan menerima powerbank 20,000mAh dan tawaran penggantian 1-ke-1 dalam masa 120 hari selepas pembelian. Tertakluk kepada terma dan syarat.



Tommy3 Plus telah dilancarkan pada September lepas. Ia memiliki skrin sebesar 5.45-inci HD+ dalam nisbah 18:9, dan dikuasakan cip MediaTek 1.3GHz bersama RAM 2GB dan storan dalaman 16GB. Baterinya 2,900mAh dan menjalankan Android 8.1 Oreo.

Versi yang lebih kecil, Tommy3 pula diberikan diskaun RM20, menjadikan harganya RM309 sahaja dari RM329. Pembeli turut akan menerima botol air serta tawaran penggantian 1-ke-1 dalam masa 120 hari selepas pembelian.



Tommy3 juga memiliki skrin sebesar 5.45-inci HD+ 18:9, dikuasakan cip MediaTek 1.3GHz bersama RAM 1GB dan storan dalaman 16GB. Sistem operasinya pula Android 7 Nougat.

Model ketiga dalam promosi ini ialah Sunny3 Plus. Harganya kekal RM249, tetapi pembeli akan menerima hadiah berupa i-ring Wiko dan tawaran penggantian 1-ke-1 dalam masa 120 hari selepas pembelian.

Sunny3 Plus turut memiliki skrin 5.45-inci 18:9, dan ia menjalankan sistem operasi Android Oreo Go Edition yang mesra peranti berkuasa rendah.

Akhir sekali ialah Sunny2 Plus, berharga cuma RM229 sahaja. Hadiah percuma yang diberikan berupa i-ring Wiko dan tawaran penggantian 1-ke-1 dalam masa 120 hari selepas pembelian.

Sunny2 Plus memiliki skrin seluas 5-inci, kamera utama 5MP, storan dalaman 8GB dan menjalankan sistem operasi Android 7 Nougat.

Tetapi jika anda memiliki bajet lebih sedikit, anda boleh mendapatkan Wiko View2 Plus berharga RM559 secara eksklusif dari SoyaCincau.com. Pembelian ini akan disertakan hadiah percuma berupa fon kepala WiShake bernilai RM119, serta waranti penggantian 1-ke-1. Tawaran ini hanya untuk pembaca SoyaCincau di Malaysia sahaja dan tempahan boleh dibuat di sini.

[Sumber: Wiko Malaysia]

Tags: Wiko
Najib

Najib

POPULAR

Promosi akhir tahun pelbagai telefon pintar Wiko

Promosi akhir tahun pelbagai telefon pintar Wiko

12 December 2018
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN