• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung lancar Galaxy A8s dengan skrin berlubang pertama keluarannya

  • OLEH Najib
  • 11:41 am
  • 12/12/2018
  • Komen
Samsung lancar Galaxy A8s dengan skrin berlubang pertama keluarannya
Share on FacebookShare on Twitter

Tak lama selepas Honor mengumumkan View 20, Samsung pun melancarkan Galaxy A8s, telefon pintar pertama mereka dengan skrin nirbingkai berlubang. Digelar paparan Infinity-O, ia merupakan salah satu dari penyelesaian skrin nirbingkai yang digunakan oleh Samsung.

Telefon pintar ini menerima kuasa dari cip pemproses Snapdragon 710, RAM antara 6GB dan 8GB bersama storan dalaman 128GB. Ia juga menerima kad mikroSD sehingga 512GB.



Skrinnya tidak bertakuk, tetapi memiliki lubang berdiameter 6.7mm di sudut atas kiri yang memuatkan kamera hadapan. Skrin ini berukuran 6.4-inci dan memiliki resolusi HD Penuh+ dalam nisbah 19.5:9. Samsung tidak menyatakan jenis paparan, jadi ia mungkin dari jenis IPS LCD dan bukan Super AMOLED.

Telefon ini dilengkapi tiga-lensa kamera belakang, gabungan lensa utama 24MP F1.7, lensa telefoto 10MP F2.4 dan lensa pengesan tahap kedalaman 5MP F2.2. Pengimbas capjari terletak di tepi lensa kamera ini. Bagi kamera hadapan, ia adalah lensa tunggal 24MP F2.0, terletak di dalam lubang skrin.



Bateri sebesar 3,400mAh dipasang di dalamnya, dan ia menyokong pengecasan pantas melalui sambungan USB-C. Sistem operasinya berasaskan Android 8.1 Oreo dengan antaramuka Samsung UI di atasnya.

Jek audio 3.5mm tidak kelihatan terdapat pada telefon ini. Ia mungkin adalah telefon pertama Samsung yang tidak memiliki jek audio 3.5mm.

Tempahan awal Galaxy A8s di China akan bermula pada 21 Disember 2018. Tetapi mereka masih tidak memaklumkan berapa pula harganya. Terdapat tiga warna boleh dipilih iaitu Hitam/Hijau, Biru dan Perak.

Siri Galaxy A dengan akhiran ‘s’ ini biasanya hanya untuk pasaran di China sahaja. Jarang ia dijual di pasaran antarabangsa. Untuk yang berminat, jika bernasib baik, akan ada penjual yang membawanya masuk ke Malaysia dalam bentuk set import dari China.

Huawei pula akan melancarkan nova 4 dengan skrin berlubang seperti Galaxy A8s pada 17 Disember 2018. Model ini dilihat berpeluang lebih tinggi untuk sampai di Malaysia selepas dilancarkan di China kelak.

[Sumber: Gadgets360]

Tags: Galaxy A8ssamsung
Najib

Najib

POPULAR

Samsung lancar Galaxy A8s dengan skrin berlubang pertama keluarannya

Samsung lancar Galaxy A8s dengan skrin berlubang pertama keluarannya

12 December 2018
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

13 July 2026
Huawei MatePad Air 2026 diperkenal dengan skrin PaperMatte OLED 144Hz dan enam pembesar suara

Huawei MatePad Air 2026 diperkenal dengan skrin PaperMatte OLED 144Hz dan enam pembesar suara

15 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN