• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Najib Razak orang paling banyak di cari tahun ini

  • OLEH Najib
  • 11:13 am
  • 13/12/2018
  • Komen
Najib Razak orang paling banyak di cari tahun ini
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun 2018 hampir melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Ia adalah masa untuk kita menoleh semula ke belakang dan melihat peristiwa yang berlaku sepanjang tahun ini.

Google turut sama ingin berkongsi dapatan mereka berkenaan carian terbanyak yang dibuat orang ramai di enjin carian mereka, termasuk carian khusus dari pengguna di Malaysia. Google membahagikan carian tersebut kepada beberapa kategori, dan ia boleh diakses sepenuhnya di laman Google Year In Search 2018.



Secara keseluruhan, kata kunci carian yang paling banyak dicari di Malaysia ialah World Cup. Ia diikuti oleh SPR dan Astro Awani. Drama melayu, Lafazkan Kalimah Cintamu menduduki tangga ke-4, serterusnya ialah drama China 延禧攻略 atau Kisah Istana Yanxi.

Bagi kategori individu pula, tidak menghairankan kita melihat Najib Razak merupakan orang yang paling banyak dicari di Google tahun ini. Ia diikuti oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad. Di tangga ketiga pula ialah Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq.



Rosmah Mansor pula menjadi wanita paling banyak dicari dan menduduki tangga keempat carta. Di tempat kelima, barulah tersenarai individu dari luar Malaysia, iaitu Meghan Markle yang baru berkahwin dengan Putera Harry, seorang kerabat Diraja British.

Google turut membuat satu kategori berkenaan berita semasa. Bagi tahun 2018, sudah pasti PRU 14 menjadi carian tertinggi. Tetapi kisah berkenaan Momo Challenge, menjadi carian berita kedua terbanyak, walaupun ia mula tular sekitar bulan Julai. Berita terbanyak dicari di tangga ketiga ialah ICERD, yang baru selesai perhimpunannya minggu lepas.

Tempat keempat ialah berkenaan Lion Air, di mana pesawatnya JT-610 terhempas selepas baru berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Jakarta pada 28 Oktober. Pola membeli-belah rakyat Malaysia sudah banyak berubah ke dalam talian, apabila carian 11.11 Sale menduduki tangga kelima.

Lebih banyak lagi carian trending yang boleh anda temui dengan melayari laman Google Year In Search 2018. Anda juga boleh melihat analisanya dengan lebih mendalam, dengan menekan pautan kata kunci tersebut.

Dengan maklumat trending dari Google ini, kita boleh melihat kecenderungan dan minat pengguna internet di Malaysia. Jika anda tahu menggunakannya, maklumat ini boleh membantu anda di dalam banyak perkara, termasuk kerja dan perniagaan.

Untuk diri anda sendiri, apakah carian yang paling banyak anda lakukan tahun ini? Ada tak termasuk dalam senarai 10 teratas dalam Google Trending 2018 ini?

Tags: GoogleYear In Seach 2018
Najib

Najib

POPULAR

Najib Razak orang paling banyak di cari tahun ini

Najib Razak orang paling banyak di cari tahun ini

13 December 2018
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN