• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

DuitNow cara paling mudah hantar dan terima duit, kini boleh mula digunakan

  • OLEH Najib
  • 4:04 pm
  • 18/12/2018
  • Komen
DuitNow cara paling mudah hantar dan terima duit, kini boleh mula digunakan
Share on FacebookShare on Twitter

Mahu menghantar wang ke rakan anda tapi tidak tahu nombor akaun dan bank mana? Kini anda tidak perlu tahu semua itu lagi dengan DuitNow. Hanya dengan mengetahui nombor telefon seseorang, anda boleh menghantar terus wang kepadanya.

DuitNow ialah perkhidmatan yang membolehkan pelanggan bank memindahkan wang secara serta-merta dan selamat dengan menggunakan nombor telefon bimbit penerima. Ia telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia dan boleh digunakan di pelbagai bank-bank di Malaysia.



Buat waktu ini, sebanyak 14 bank di Malaysia menyokong penggunaan DuitNow iaitu:

  1. Ambank (M) Berhad
  2. Bank Islam Malaysia Berhad
  3. Bank of China (Malaysia) Berhad
  4. BNP Paribas Malaysia Berhad
  5. CIMB Bank Berhad
  6. Citibank Berhad
  7. Hong Leong Bank Berhad
  8. HSBC Bank Malaysia Berhad
  9. Malayan Banking Berhad (Maybank)
  10. OCBC Bank (Malaysia) Berhad
  11. Public Bank Berhad
  12. RHB Bank Berhad
  13. Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
  14. United Overseas Bank (Malaysia) Berhad

Tidak lama lagi, lebih banyak bank lain akan boleh menggunakan DuitNow. Antara bank yang sedang menyiapkan sistem mereka untuk menyokong DuitNow ialah:



  1. Affin Bank
  2. Agro Bank
  3. Alliance Bank
  4. Al Rajhi Bank
  5. Bank of America
  6. Bank Muamalat
  7. Bank Rakyat
  8. Bank Simpanan Nasional
  9. Deutsche Bank
  10. ICBC Bank
  11.  J.P Morgan
  12. Kuwait Finance House
  13. MBSB Bank
  14. Mizuho Bank
  15. MUFG Bank
  16. SMBC Bank

DuitNow juga akan menyokong penggunaan dompet elektronik atau e-wallet di masa akan datang.

Untuk mula menggunakan DuitNow, pengguna hanya perlu melakukan pendaftaran satu kali sahaja untuk menyambungkan nombor telefon bimbit mereka ke nombor akaun bank. Pelanggan juga boleh mendaftarkan nombor kad pengenalan MyKad atau MyPR, nombor Tentera atau Polis, nombor pasport atau nombor pendaftaran perniagaan, ke akaun bank untuk menerima wang.

Bagi memudahkan lagi penggunaan DuitNow, pelanggan bank boleh melihatan pendaftaran mereka di semua bank menerusi perbankan internet atau aplikasi mudah alih bank tersebut. Pengguna juga boleh melihat, mengubah suai atau memindahkan pendaftaran DuitNow menerusi saluran ini.

Pemindahan dana melalui DuitNow tidak dikenakan caj untuk nilai RM5,000 dan ke bawah. Ia juga percuma untuk pengguna di rumah dan pengusaha kecil dan sederhana (PKS). Bagi pemindahan melebihi RM5,000 pula, caj sebanyak 50 sen dikenakan tetapi ia mungkin dikecualikan oleh sesetengah bank.

Buat masa ini, DuitNow menetapkan had pemindahan dana sehingga RM100,000 sehari untuk pengguna di rumah dan sehingga RM100 juta untuk perniagaan. Bagaimanapun, had pemindahan sebenar masih bergantung kepada tetapan yang diletakkan oleh bank.

Untuk mengenali DuitNow dengan lebih lanjut, layari laman web www.duitnow.my.

Tags: duitnow
Najib

Najib

POPULAR

DuitNow cara paling mudah hantar dan terima duit, kini boleh mula digunakan

DuitNow cara paling mudah hantar dan terima duit, kini boleh mula digunakan

18 December 2018
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER