Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Lenovo Z5s dan S5 Pro, Dua Telefon Dengan Spesifikasi Kompetetif Daripada Lenovo

Mengiringi Z5 Pro GT, Lenovo turut melancarkan dua telefon dalam kategori mampu milik. Lenovo Z5s dan S5 Pro masing-masing dikuaskaan cip Snapdragon 710 dan 660.

Lenovo Z5s

Walaupun miliki nama yang hampir sama seperti flagship-nya, rupa Z5s jauh berbeza. Mukanya lebih menyerupai Realme 2 Pro dengan notch berbentuk titisan air pada paparan 6.3″ HD Penuh.

Perbezaan seterusnya adalah ketiadaan fungsi paparan boleh luncur seperti Z5 Pro. Bahagian belakang pula ada trikamera tersisin di bahagian bucu kiri, seperti P20 Pro.

Papan utama Z5 Pro miliki spesifiki yang agak baik untuk sebuah telefon kelas pertengahan. Seperti OPPO R17 Pro, ia memiliki cip Snapdragon 710. Pada bahagian RAM dan storan, ia diberikan RAM sehingga 6GB dan storan 128GB yang boleh diperluas melalui slot khas.

Bahagian pengimejan belakang, pengguna boleh temui kamera 16MP + 8MP + 5MP untuk mengambil gambar sementara untuk berselfie, mereka boleh gunakan ekakamera 16MP.

Sungguhpun ada bateri sedikit kecil berbanding Z5 Pro, ia tetap diberikan teknologi pengecasan pantas 18 watt yang lebih berguna daripada pengecasan konvesional 10 watt (5V,2A).

Spesifikasi

Paparan6.3"
HD+ Penuh
PemprosesSnapdragon 710
RAM4GB/6GB
Storan64GB/128GB
Sistem OperasiAndroid 9 Pie
ZUI 10
Kamera belakang16MP
8MP
5MP
Kemera depan16MP
Bateri3,300mAh
Pengecasasn Pantas 18W

Lenovo S5 Pro

Pada bahagian depan, S5 Pro memiliki paparan bertakuk dengan skrin sebesar 6.2 inci. Mukanya lebih mirip pada sebuah Mi 8.

Pada bahagian belakang telefon pula, konfigurasi dwikamera belakang digunakan. Gamabr boleh diambil melalui kamera 12MP yang bergandingan dengan kamera 20MP. Untuk berswafoto, kamera 20MP + 8MP hadir untuk membantu.

Terdapat beberapa jenis varian telefon ini disediakan. Ada yang menggunakan Snapdragon 636 dan ada juga yang menggunakan Snapdragon 660.

BACA  Pelan Hotlink Postpaid kini dengan lebih data dan ditambah kuota YouTube

Pada bahgian RAM, pengguna boleh menemui RAM sama ada 4GB ataupun 6GB.

Bateri yang dibekalkan pada telefon ini agak besar berbanding flagship Z5 Pro GT. Ia ada bateri 3,500mAh dan pengecasan pantasn 18 watt.

Spesifikasi

Paparan6.2"
HD+ Penuh
PemprosesSnapdragon 636
Snapdragon 660
RAM4GB
6GB
Storan64GB
128GB
Boleh diperluas
Sistem OperasiAndroid 9 Pie
ZUI 10
Kamera belakang12MP
20MP
Kemera depan20MP
8MP
Bateri3,500mAh
Pengecasasn Pantas 18W

Harga jualan telefon-telefon ini adalah seperti berikut:

  • Lenovo S5 Pro (RAM 4GB + Storan 64GB) – RMB 1,198 (RM 729)
  • Lenovo S5 Pro (RAM 6GB + Storan 64GB) – RMB 1,298 (RM 790)
  • Lenovo Z5s (RAM 4GB + storan 64GB) – RMB 1,398 (RM 851)
  • Lenovo Z5s (RAM 6GB + storan 64BG) – RMB 1,598 (RM 973)
  • Lenovo Z5s (RAM 6GB + storan 64BG) – RMB 1,898 (RM 1,155)