• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kemaskini Fitbit OS 3.0 tambah sokongan lebih banyak aplikasi

  • OLEH Najib
  • 7:34 pm
  • 21/12/2018
  • Komen
Kemaskini Fitbit OS 3.0 tambah sokongan lebih banyak aplikasi
Share on FacebookShare on Twitter

Fitbit baru-baru ini telah mula melepaskan sistem operasi terbaru untuk jam pintar mereka, Fitbit OS 3.0 kepada pengguna. Fitbit OS 3.0 kini sedia untuk dimuat turun pengguna Ftibit Ionic dan juga Fitbit Versa.

Pengguna akan menerima notifikasi kemaskini OS menerusi aplikasi Fitbit. Pastikan bateri jam pintar Fitbit dan telefon pintar dicas penuh, untuk memastikan tiada gangguan ketika kemaskini dilakukan.



New stats are now available with a flick of the wrist with the latest #FitbitOS update for #FitbitVersa & #FitbitIonic: https://t.co/Z6aPtdBOFX pic.twitter.com/bNCG8Slz3E

— fitbit (@fitbit) December 17, 2018

Sistem operasi terbaru Fitbit OS ini membawakan sokongan lebih banyak aplikasi pihak ketiga. Fitbit menyenaraikan empat aplikasi popular baru iaitu achu Health, Couch to 5K, Genius Wrist dan MySwimPro.

Achu Health ialah aplikasi yang membuat ramalan penyakit terhadap pengguna berdasarkan tanda-tanda yang dikesan pada badan pengguna. Couch to 5K pula merupakan aplikasi latihan pelbagai program kecergasan.



Genius Wrist memberikan anda gambaran menarik untuk data-data kecergasan serta dari Fitbit pengguna. MySwimPro pula seperti namanya, membantu pengguna menjalankan aktiviti kecergasan ketika berenang.

Beberapa aplikasi lain yang akan tiba di Fitbit OS pada awal tahun 2019 ialah seperti Charity Miles, FitBark, MINDBODY dan TRX.

Fitbit juga memaklumkan, pemantauan kesihatan wanita akan turut diperkenalkan di dalam aplikasi Fitbit awal tahun depan. Ia akan memantau kitaran haid pengguna wanita bagi memberikan lebih banyak maklumat berguna bersama data kesihatan dan kecergasan pengguna. Semuanya dari dalam aplikasi Fitbit.

Tags: Fitbit
Najib

Najib

POPULAR

Kemaskini Fitbit OS 3.0 tambah sokongan lebih banyak aplikasi

Kemaskini Fitbit OS 3.0 tambah sokongan lebih banyak aplikasi

21 December 2018
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

27 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN