• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Razer Phone 2 akan datang ke U Mobile tidak lama lagi

  • OLEH Najib
  • 4:23 pm
  • 21/12/2018
  • Komen
Razer Phone 2 akan datang ke U Mobile tidak lama lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda kaki gaming di telefon, pastinya Razer Phone adalah salah satu telefon impian anda. Secara rasmi, ia tidak dijual di Malaysia. Tapi ia mungkin akan tiba secara rasmi tidak lama lagi.

U Mobile hari ini telah menaikkan gambar yang mengatakan, Razer Phone 2 Flagship Gaming akan datang. Tiada perkara lain diperkatakan oleh mereka. Tiada tarikh, dan tiada harga atau pelan yang berkaitan lagi.



Dari pelan U Mobile yang sedia ada, dijangka ia akan ditawarkan dengan pelan pascabayar HERO Unlimited P99 atau P139, bersama kontrak selama 24-bulan.

Perlu diingatkan, telefon pintar Razer Phone masih belum dijual secara rasmi di Malaysia. Jadi, ini mungkin petanda awal ia akan ditawarkan di Malaysia dengan jaminan rasmi Malaysia.



Buat masa ini, set import Razer Phone 2 dijual pada harga RM3,298.

Razer Phone 2 ialah telefon pintar gaming keluaran Razer generasi ke-2. Ia memiliki skrin QuadHD+ seluas 5.72-inci, dengan kadar segar semula UltraMotion 120Hz.

Kuasa pemprosesnya menggunakan enjin Snapdragon 845, dengan RAM LPDDR4 8GB dan storan dalaman UFS2.1 64GB. Kad mikroSD sedia diterima untuk meluaskan ruang simpanan.

Telefon ini dipasang logo Razer dengan lampu Chroma RGB di belakang. Kameranya menggunakan dwi-lensa 12MP F1.75 + 12MP F2.6 telefoto di belakang, bersama satu lensa 8MP F2.0 di hadapan.

Kehebatan bermain game di Razer Phone 2 diperkasa dengan sistem bunyi stereo, bateri besar 4,000mAh, pengecas pantas QuickCharge 4.0 melalui USB-C, serta kalis air dan peluh IP67.

[Sumber: U Mobile]

Tags: razerrazer phone 2u mobile
Najib

Najib

POPULAR

Razer Phone 2 akan datang ke U Mobile tidak lama lagi

Razer Phone 2 akan datang ke U Mobile tidak lama lagi

21 December 2018
Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

8 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026
RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

7 July 2026
GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

13 July 2026
Microsoft Surface Pro 12 & Surface Laptop 8 dikuasakan Snapdragon X2 kini rasmi, dari RM6,999

Microsoft Surface Pro 12 & Surface Laptop 8 dikuasakan Snapdragon X2 kini rasmi, dari RM6,999

9 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN