• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bright Night mungkin jawapan Samsung untuk saingi Google Night Sight

  • OLEH Najib
  • 8:07 pm
  • 21/12/2018
  • Komen
Bright Night mungkin jawapan Samsung untuk saingi Google Night Sight
Share on FacebookShare on Twitter

Kecanggihan kamera di telefon pintar tidak lagi terhad dengan besarnya megapiksel dan nombor apertur. Kini pengeluar mula membangunkan teknologi yang bolehkan imej yang ditangkap, diproses secara digital untuk menghasilkan gambar yang lebih baik.

Satu fungsi yang semakin mendapat perhatian ialah kebolehan menangkap gambar waktu malam atau suasana malap, dengan tangan biasa tanpa tripod, tetapi masih cerah dan tajam tanpa gegaran.



Dipercayai, Huawei adalah yang pertama memperkenalkannya menerusi fungsi Night Mode di Huawei P20 Pro. Ia diikuti oleh pengumuman Google tentang Night Sight, apabila melancarkan Pixel 3. Seterusnya, OPPO pula memasang teknologi Ultra Night Mode di R17 Pro.

Mate 20 Pro dan Pixel 3 XL



Pengeluar terbaru yang dikhabarkan akan menghasilkan teknologi yang hampir serupa ialah Samsung. Perkara ini ditemui oleh XDA Developers menerusi firmware beta sistem operasi terbaru Samsung One UI. Di dalamnya, terdapat kod yang menyebut mod ‘Bright Night‘.

Mod ‘Bright Night‘ ini terdapat di dalam fail APK Samsung Camera, yang menjadi sebahagian dari binaan beta One UI/Android Pie untuk Galaxy Note 9. Berikut adalah kod yang dimaksudkan:

<string name=”Title_bright_night”>Bright night</string>
<string name=”smart_tips_bright_night_description”> Suggest mode to take bright pictureseven in very dark conditions. </string>
<string name=”super_night_guide_capture”> Hold your phone steady. Takingpicture. </string>
<string name=”super_night_guide_ready”> Brighten up this shot with Brightnight. </string>
<string name=”bright_night_summary”> Take bright pictures even in very darkconditions </string>
<string name=”SM_NIGHT”> Night </string>
<string name=”SM_NIGHT_description”> Take multiple shots and combine themto get brighter, clearer pictures in low light without using the flash. </string>
<string name=”bright_night_summary”> Take bright pictures even in very darkconditions. </string>

Tidak diketahui bilakah fungsi ini akan menjelma secara rasmi. Dijangkakan, ia akan muncul selewat-lewatnya di Galaxy S10 semasa dilancarkan pada awal tahun hadapan.

Galaxy S10 dijangka akan dilancarkan pada 20 Februari 2019, dengan tempahan awal dibuka sejurus ia dilancarkan. Jualan pertamanya pula dikatakan bermula pada hari Jumaat, 8 Mac 2019. Malaysia sering menjadi pasaran terawal telefon pintar terbaru Samsung, jadi bersiap-sedialah dengan wang tunai untuk membelinya sebaik ia diumumkan kelak.

[Sumber: XDA]

Tags: Bright Nightsamsung
Najib

Najib

POPULAR

Bright Night mungkin jawapan Samsung untuk saingi Google Night Sight

Bright Night mungkin jawapan Samsung untuk saingi Google Night Sight

21 December 2018
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

26 May 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

26 May 2026
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN