fbpx

TuneTalk bagi 3x data sebagai promosi hujung tahun 2018

Tahun 2018 hanya tinggal beberapa hari lagi. Tetapi ia tidak menghalang untuk TuneTalk memberikan tawaran istimewa buat pengguna mereka. Sehingga 3x ganda data percuma boleh diterima pelanggan TuneTalk yang melanggan pelan data.

Promosi istimewa akhir tahun 3x data ini berlangsung dari 22 hingga 31 Disember 2018. Hanya tiga pelan data yang termasuk dalam promosi ini, dengan data digandakan seperti berikut:

  • Pelan VIP 2GB (RM10/bulan) – tambahan 4GB data
  • Pelan Data 4GB (RM28/bulan) – tambahan 8GB data
  • Pelan Data 8GB (RM45/bulan) – tambahan 16GB data

Bagaimanapun, data tambahan ini hanya boleh digunakan dalam masa 7 hari selepas diaktifkan, termasuk hari pengaktifan. Pengguna hanya boleh menikmati satu promosi pada satu masa, jadi tidak boleh digunakan bersama promosi lain.

Tambahan data promosi ini dilakukan secara automatik, selepas pengguna melanggan pelan yang berkenaan. Bagaimanapun, data promosi ini aktif selepas pengguna menerima SMS pengesahan, yang akan diterima pengguna dalam masa 30 minit selepas melanggan pelan.

Perlu diambil perhatian juga, promosi ini tidak terdapat untuk pelan +VIBE. Untuk maklumat lanjut bersama semua syarat berkaitan, layari laman terma dan syarat TuneTalk 3X Holiday Promotion.

BACA  TuneTalk mohon maaf, beri 3GB data percuma di Hari Malaysia