• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Hanya RM1 untuk add-ons 20GB di Yoodo

  • OLEH Najib
  • 2:36 pm
  • 30/12/2018
  • Komen
Hanya RM1 untuk add-ons 20GB di Yoodo
Share on FacebookShare on Twitter

Berkuatkuasa 31 Disember 2018, maka tamatlah promosi RM20 untuk 20GB data di Yoodo. Tetapi mereka nampaknya sudah bersedia dengan promosi baru untuk menggantikan promosi lama ini. 20GB hanya RM1.

Bagaimanapun, ia bukanlah untuk data kegunaan semua. Sebaliknya promosi ini untuk data khusus add-ons iaitu Facebook, YouTube, Instagram atau WhatsApp.



Promosi ini bermula dari 1 Januari sehingga 31 Januari 2019. Untuk menikmati promosi ini, pengguna perlu terlebih dahulu memiliki pelan data, dari serendah RM12 sebulan sebanyak 2GB. Selepas memilih pelan data, barulah pengguna boleh mendapatkan salah satu add-ons tadi pada kadar RM1.

KEMASKINI: Pengguna boleh memlih semua 4 pelan add-ons pada kadar RM1!



Semua pelan add-ons Yoodo ini diberikan kuota sebanyak 20GB. Tanpa promosi ini, add-ons ini dikenakan kadar RM5 sebulan, kecuali Youtube iaitu RM10 sebulan. Jadi, add-ons Youtube adalah pilihan terbaik jika anda mahu membelinya pada harga promosi RM1.

Bayangkan, anda membeli pelan data 2GB RM12/bulan, ditambah add-ons YouTube RM1, serta tiga lagi add-ons lain pada harga biasa RM5/bulan, jumlah kesemua ini hanyalah RM28 sahaja. Masih satu tawaran yang sangat murah di Malaysia.

Semua pelan add-ons Yoodo ini diberikan kuota sebanyak 20GB. Bayangkan, anda membeli pelan data 2GB RM12/bulan, ditambah add-ons YouTube RM1, Facebook RM1, Instagram RM1 dan WhatsApp RM1, jumlah kesemua ini hanyalah RM16 sahaja! Satu tawaran yang sangat murah di Malaysia. Jika data asas tak cukup, beli sahaja data lebih besar, misalnya 5GB RM25 atau 20GB RM48, sehinggalah 100GB RM98.

PELAN KUOTA HARGA
Pelan Data Asas 2GB RM12
Add-Ons YouTube (Promosi) 20GB RM1
Add-Ons Facebook 20GB RM1
Add-Ons Instagram 20GB RM1
Add-Ons Whatsapp 20GB RM1
JUMLAH 82GB  RM16

Menarik tak promosi tahun baru Yoodo ini? Jika anda masih belum mendaftar Yoodo, anda boleh mendapatkan RM20 kredit percuma dengan mendaftar di sini. Maklumat lanjut tentang promosi add-ons RM1 ini boleh dirujuk di sini.

Yoodo baru-baru ini telah mengaktifkan mod pembayaran menggunakan perbankan dalam talian. Sebelum ini, pembayaran hanya boleh dibuat menggunakan kad debit/kredit sahaja.

Yoodo juga telah melancarkan pelan perayauan data mereka, Roam Like Home di 53 negara. Ia menawarkan penggunaan kuota data di Malaysia, ke luar negara dengan kadar raata, RM10 atau RM20 untuk kegunaan 24 jam.

Selain itu, beberapa lagi perancangan Yoodo untuk diperkenalkan kepada pengguna di tahun 2019 ialah Flexi Booster, di mana pengguna Yoodo akan dikenakan caj Booster yang lebih rendah mengikut baki hari menuju ke kitaran akhir bil. Data Sharing pula, membolehkan pengguna berkongsi data sesama nombor Yoodo yang dimiliki mereka.

Yoodo juga merancang untuk memperkenalkan e-sim di rangkaian mereka, sekitar pertengahan tahun hadapan. Banyak betul perancangan mereka kan. Tetapi yang mana akan dilaksanakan? Kita tunggu dan lihat. Sementara itu, nikmati dulu semua promosi sedia ada Yoodo.

Tags: yoodo
Najib

Najib

POPULAR

Hanya RM1 untuk add-ons 20GB di Yoodo

Hanya RM1 untuk add-ons 20GB di Yoodo

30 December 2018
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER