fbpx

Rasa Kamera ZenFone Max Pro M2 Sampah? Pasang Kamera Google Pixel Sebagai Ubatnya

Langkah Memasang Kamera GCam Pada ZenFone Max Pro M2

Anda berada di halaman ini bermakna anda setuju dengan risiko-risiko yang anda hadapi.

Sebelum memasang APK untuk kamera Google Pixel, kita perlu mengaktifkan satu fungsi yang dinyahaktif pada sistem android anda iaitu Camera Hal3, jika tak diaktfikan, walaupun anda berjaya memasang APP kamera Google Pixel, ia tak mungkin akan berjalan.

Langkah pertama adalah anda perlu pastikan anda ada fungsi adb fastboot pada komputer anda. Jika tiada, versi terbaru, 1.4.3 boleh dimuat turun di sini.

Kemudian, di telefon, anda perlu aktfikan fungsi USB Debugging pada telefon anda. Pergi ke Setting>System pada teks About Phone, tap beberapa kali sehingga ada mesej tentang Developer Option diaktifkan. Pergi ke Developer Option, dan tick USB Debugging.

Pergi ke Setting>System>About Phone
Tekan berulang kali pada Build number untuk aktifkan Developer Option

Langkah seterusnya adalah sambungkan telefon ke komputer menggunakan kabel mikro-USB.

Sambung telefon ke komputer

Pergi ke folder ADB Fastboot yang telah anda muat turun dan ekstrak sebentar tadi. Sambil tekan butang Shift pada papan kekunci, tekan kanan pada tetikus untuk keluarkan tetingkap pop-up, cari opsyen Open PowerShell Window Here.

Buka tetingkap PowerShell di folder ADB

Dalam tetingkap CMD, taip arahan…

.\adb reboot bootloader

Ini adalah arahan untuk reset-kan telefon masuk ke mode Fastboot.

ADB Reboot akan restart telefon masuk ke mode Fastboot

Kemudian, taip arahan…

.\fastboot devices

arahan ini untuk memeriksa sama ada komputer mengesan telefon anda di komputer atau tidak. Jika ada, sepatusnya ia akan keluarkan beberapa nombor siri.

Jika tidak dikesan, bermakna driver Asus Fastboot Interface tidak wujud dalam komputer. Driver-nya boleh ditemui di sini. Setelah pasang, anda perlu ke bahagian Windows Device Manager di komputer anda untuk Update Driver.

Update Driver jika komputer tak mengesan telefon anda

Jika semuanya berjalan lancar, paparan berikut akan kelihatan.

BACA  Bahagian 2 - Kenapa MYTV Penting Untuk Kita?
Periksa sama ada komputer mengesan telefon menggunakan arahan “fastboot devices”

Seterusnya, taip arahan…

.\fastboot oem enable_camera_hal3 true

untuk aktifkan tetapan HAL3. Jika berjaya, mesej OKAY, FINISHED akan keluar.

Aktifkan fungsi HAL3

Langkah terakhir adalah memasang APP GCam daripada halaman ini. Sepatutnya mana-mana versi akan berfungsi kecuali yang dikhaskan untuk peranti yang dijana CPU Exynos ataupun Kirin.

Saya cuba : Arnova’s v8.3b1

Kelebihan GCam Berbanding Stock Kamera

Paling saya tak gemar dengan kamera stok Asus adalah ia tiada cara nak hidupkan grid 3 x 3, ia amatlah penting untuk bantu saya melakukan framing gambar.

Kemudian, mode Panorama malah, Photo Sphere ada di GCam tapi tiada pada kamera stock.

Kelebihan ketiga adalah fungsi bokeh GCam memang legenda. Hanya gunakan satu kamera, simulasi bokeh boleh dilakukan.

Tapi, disebabkan ia di-port masuk daripada Google Pixel, ada beberapa benda yang tak berfungsi mungkin akibat kekangan hardware. Contohnya, mode potret untuk kamera depan tidak berfungsi dan slow-mo 120fps kamera belakang agak lag.

Contents