• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Uncategorized

Galaxy M barisan terbaru Samsung untuk telefon pintar bajet rendah akan dilancar bulan ini

  • OLEH Najib
  • 5:07 pm
  • 14/01/2019
  • Komen
Galaxy M barisan terbaru Samsung untuk telefon pintar bajet rendah akan dilancar bulan ini
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon pintar Samsung Galaxy siri-J ialah telefon pintar kelas permulaan, manakala siri-A pula tergolong dalam kelas pertengahan. Tidak lama lagi, Samsung akan memperkenalkan Galaxy siri-M. Ia dikatakan adalah telefon pintar kelas permulaan dengan bateri yang besar.

Samsung dijangka akan melancarkan Galaxy siri-M yang baru ini di India, pada hujung bulan ini. Selepas itu, ia dikhabarkan akan dijual di pasaran antarabangsa.



Terdapat tiga model Galaxy siri-M yang akan diperkenalkan nanti, iaitu Galaxy M10, M20 dan M30. Peranti ini akan datang dengan paparan Infinity V, salah satu jenis skrin dengan takuk kecil titisan air, atau berbentuk V seperti gambar di bawah.

Gambar konsep Galaxy M20 oleh AllAboutSamsung



Seperti biasa, nombor lebih besar bermakna prestasi yang lebih baik. Galaxy M10 akan datang dengan skrin LCD seluas 5.6-inci, dan dikuasakan cip Exynos 7870 seperti di Galaxy J7 Pro. RAM pula sebanyak 3GB dengan storan 32GB, serta bateri 3,000mAh dipasang di dalamnya. Kameranya pula 13MP di belakang serta 5MP di hadapan.

Untuk Galaxy M20 pula, ia memiliki skrin LCD lebih besar berukuran 6.1-inci. Di dalam, ia dikuasakan cip Exynos 7885 yang sama dengan Galaxy A8 2018. Ia bakal datang dengan kamera dwi-lensa 12MP+5MP di belakang, serta kamera hadapan 8MP. Bateri sebesar 5,000mAh terdapat di dalamnya.

Belum ada khabar lagi tentang Galaxy M30 tetapi kita akan mendengar lebih banyak tentangnya selepas pelancarannya tidak lama lagi.

Selepas China, India merupakan pasaran terbesar telefon pintar di dunia. Laporan IDC menyatakan, Xiaomi telah mengatasi Samsung dalam jualan telefon di India, dengan menjual sebanyak 11.7 juta unit pada suku ketiga 2018, berbanding 9.7 juta unit oleh Samsung.

Pengenalan Galaxy siri-M diharapkan oleh Samsung dapat membantu mereka merampas semula kehilangan pasaran di India . Peranti ini akan dijual dengan harga sekitar INR10,000 ke 20,000 (~RM578-1,157). Untuk perbandingan, harga ini dalam lingkungan yang sama dengan peranti kelas pertengahan seperti Redmi Note, Realme 2 Pro dan Zenfone Max Pro.

[Sumber: PhoneArena]

Tags: Galaxy Msamsung
Najib

Najib

POPULAR

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Galaxy M barisan terbaru Samsung untuk telefon pintar bajet rendah akan dilancar bulan ini

Galaxy M barisan terbaru Samsung untuk telefon pintar bajet rendah akan dilancar bulan ini

14 January 2019
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN