• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Motorola RAZR mungkin kembali sebagai telefon boleh lipat berharga USD1500

  • OLEH Najib
  • 10:20 am
  • 17/01/2019
  • Komen
Motorola RAZR mungkin kembali sebagai telefon boleh lipat berharga USD1500
Share on FacebookShare on Twitter

RAZR adalah satu model di bawah Motorola yang pernah mengecapi kejayaan luar biasa. Tetapi popularitinya hilang ditelan arus pemodenan telefon pintar pasca iPhone diperkenalkan.

Motorola pernah cuba memperkenalkan RAZR yang dikuasakan Android seperti RAZR Maxx yang sangat nipis, tapi tidak berjaya. Kini mereka dilaporkan mahu memperkenalkan satu model baru dengan nama RAZR.



https://youtu.be/RVzE1YS9UWM

Lenovo, pemilik jenama Motorola dikatakan akan melancarkan telefon pintar dengan skrin boleh lipat dan sangat nipis. Kerana itu ia akan membawa nama RAZR.



Laporan dari WSJ mengatakan, telefon ini akan dilancarkan seawal bulan Februari, secara eksklusif menerusi Verizon di Amerika Syarikat. Harganya pula dikatakan mencecah USD1,500 (~RM6,161), agak tinggi tetapi memang dijangka memandangkan ia menampilkan teknologi baru, skrin boleh lipat.

Tahun lepas, Motorola telah berjaya memfailkan paten telefon dengan skrin boleh lipat. Rekaan begini berbeza dengan prototaip yang dipamerkan Samsung, atau prototaip yang dikatakan milik Xiaomi.

Memandangkan ia akan dilancarkan pada bulan Februari, besar kemungkinan ia akan diperlihatkan di pameran MWC 2019 di Barcelona bulan depan. Jika bernasib baik, ia mungkin akan dipasarkan di Malaysia memandangkan Motorola One baru sahaja mula dijual di sini.

[Sumber: WSJ, Engadget, GSMarena]

Tags: Motorolaskrin boleh lipat
Najib

Najib

POPULAR

Motorola RAZR mungkin kembali sebagai telefon boleh lipat berharga USD1500

Motorola RAZR mungkin kembali sebagai telefon boleh lipat berharga USD1500

17 January 2019
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
Astro perkenal pakej penstriman baharu Disney+, Prime Video & Viu dari RM15/bulan

Astro perkenal pakej penstriman baharu Disney+, Prime Video & Viu dari RM15/bulan

24 June 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Steam Machine kini rasmi: Konsol PC Valve harga lebih mahal daripada PS5 Pro

Steam Machine kini rasmi: Konsol PC Valve harga lebih mahal daripada PS5 Pro

23 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN