• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tempoh sah setahun TuneTalk naik harga lebih 3x ganda

  • OLEH Najib
  • 7:51 pm
  • 18/01/2019
  • Komen
Tempoh sah setahun TuneTalk naik harga lebih 3x ganda
Share on FacebookShare on Twitter

Ketibaan pek prabayar baru Tunetalk Value Prepaid (TTVP) turut menandakan adanya perkara lama yang perlu diubah, atau dibuang. Seperti yang dikongsikan sebelum ini, pelan lama Datatata dan +VIBE tidak lagi boleh dilanggan oleh pengguna TTVP, sebaliknya digantikan dengan pelan #SureOne.

Salah satu perkhidmatan TuneTalk yang sangat berbaloi dilanggan, ialah tempoh sah setahun. Bagi pengguna pek prabayar lama TuneTalk Buddy Prepaid (TTBP), tempoh sah setahun boleh dilanggan pada harga RM28 sahaja. Bayar RM28 dan talian akan kekal aktif selama 365 hari. Tak perlu fikir nak tambah nilai RM30 setiap bulan lagi.



Tetapi harga ini tidak lagi terpakai untuk pelan TTVP. TuneTalk memaklumkan, pengguna TTVP kini perlu membayar RM100 untuk melanggan tempoh sah setahun. Langganan ini boleh diaktifkan dengan menghantar SMS “EXT” ke 2222, dengan syarat ada kredit sekurang-kurangnya RM100 di dalam akaun.

Selain membayar RM100 untuk tempoh sah setahun, ada satu lagi cara lain untuk mengaktifkan talian agar kekal aktif untuk jangka masa lama. Pengguna TTVP boleh melanggan pelan data tahunan 120GB berharga RM200.



Pelan tahunan 120GB ini memberikan data yang dipecah kepada 10GB/bulan, selama 12 bulan. Dengan melanggan pelan ini, pengguna juga akan menerima pengaktifan talian selama 365 hari. Begini, pengguna menerima data bulanan 10GB selain tempoh aktif yang panjang, dengan bayaran RM200.

Untuk maklumat lanjut, layari laman TuneTalk 1 year validity.

Tags: tunetalk
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tempoh sah setahun TuneTalk naik harga lebih 3x ganda

Tempoh sah setahun TuneTalk naik harga lebih 3x ganda

18 January 2019
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN