• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Olympus OM-D E-M1X Hanya Untuk Yang Mampu Beradaptasi

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:57 am
  • 29/01/2019
  • Komen
Olympus OM-D E-M1X Hanya Untuk Yang Mampu Beradaptasi
Share on FacebookShare on Twitter

Olympus OM-D E-M1X adalah kamera yang baru dilancarkan dalam bulan Januari 2019. Beberapa hari selepas diumumkan secara global, kamera ini membuat kemunculan sulungnya di Malaysia. Walau bagaimanapun, OM-D E-M1X bukanlah pengganti kepada E-M1 II yang dilancarkan dua tahun yang lalu. Sebaliknya, ia adalah varian baru dalam siri E-M1 yang ada beberapa kelebihan berbanding saudaranya yang lagi satu itu.

E-M1X adalah kamera OM-D terbesar setakat 



Sedang Panasonic mula menjelajahi alam sensor full frame melalui model S1R dan S1, Olympus masih kekal berada dalam kategori Micro Four Thirds (MFT). Berkemungkinan besar, Panasonic menyedari saiz sensor yang dimiliki format MFT sudahpun tepu dengan piksel dan tidak boleh dipertingkatkan lagi.

Sensor kerdil MFT ada faktor crop 2x



Kenapa saya berani berkata sedemikian adalah jika anda lihat pada tiga kamera flagship yang dilancarkan dalam kategori MFT, semuanya masih belum melewati bilangan piksel 21 juta pada bahagian sensornya. Maka, satu-satunya jalan kedepan adalah penambahbaikkan pada cara kamera memproses data yang disalurkan oleh sensor.

Kedudukan E-M1X dalam siri OM-D

Pada papan utama E-M1X, terdapat dua pemproses imej TruePic VIII berbanding satu pada model sebelum ini. Secara teorinya, kamera baru ini ada dua kali ganda keupayaan merakam gambar.

Ada dua pemproses isyarat imej pada E-M1X

Antara manfaat yang boleh anda terima daripada kamera dengan dwipemproses adalah sistem penstabil imej (IBIS) yang dimilikinya mampu berikan kestabilan sehingga 7.5 stops apabila digunakan bersama lensa yang sesuai.

Penstabil imej dalam badan (IBIS) ditambah baik kepada 7.5 stop

Kestabilan semantap itu membolehkan E-M1X merakam gambar beresolusi tinggi 50MP secara handheld, tanpa menggunakan tripod. Lebih menarik, sekiranya anda ada tripod, anda boleh lihat hasil gambar yang belum diambil secara masa nyata sebelum butang shutter ditekan.

Olympus Lupa Diri?!

Sejurus memegang sebuah E-M1X dalam sesi previu, terus saya ingin mengadu yang saiznya tak seperti sebuah MFT yang selama ini mengutuk kategori APS-C dan Full Frame sebagai berat dan leceh.

Vertical grip terbina pada badan kamera

2 slot kad memori untuk digunakan

E-M1X miliki berat hampir 1kg dengan 2 bateri dan 2 kad memori. Untuk perbandingan, E-M1 II hanya seberat 574g. Daripada sudut dimensi juga ia agak besar kerana ada bateri grip terbina yang menampung 2 bateri sekali gus.

Tapi, manfaat format MFT masih ada. Contohnya, unit previu yang saya gunakan ditambat pada lensa 70-150mm F2.8 PRO. Untuk format yang lebih besar, sudah tentu binaan lensanya lebih panjang dan berat jika menggunakan lensa dengan julat fokal setara.

Bahagian grip kamera ini juga lebih besar berbanding kamera Olympus yang lain. Jadi, memegangnya secara melintang ataupun menegak saya rasakan amat selesa.

Kemudian, Olympus turut menyediakan butang-butang yang ditebarkan di sekeliling kamera ini. Anda boleh temui butang-butang khas untuk mengawal ISO, White Balance, dan sebagainya.

Belakang saja ada sekurang-kurangnya 22 butang yang boleh diprogramkan

Dengan butang-butang ini, anda tak perlu lagi mengembara jauh dalam menu digital Olympus yang sama teruknya dengan menu kamera Sony.

Antara port I/O yang boleh ditemui pada badan kamera adalah:

  • Mikrofon masuk
  • Audio keluar
  • Mini HDMI
  • USB-C

Port I/O yang boleh ditemui pada badan E-M1X

Paling Menarik Pada E-M1X Adalah…

Antara perkara baru pada E-M1X yang ingin diketengahkan Olympus adalah pada sistem pemfokusan yang dikuasakan teknologi AI. Kamera ini boleh mengenal pasti orang, kereta, kapal terbang, dan kereta api untuk membantunya membidik fokus.

Ia amat bijak sehingga jika subjek kereta memenuhi ruangan frame. Kamera akan mula memburu si pemandunya untuk dicari fokus. Semasa mencubanya di Litar Antarabangsa Sepang, ia berfungsi dengan baik.

Dalam ruang masa 30 minit, tidak banyak yang boleh saya cuba. Bahagian videografi juga tidak sempat saya cuba tapi dengar cerita, ia boleh merakam video dalam format LOG.

Apa yang saya boleh simpulkan dalam sesi previu ini adalah Olympus OM-D EM-1X adalah sebuah kamera yang ditujukan kepada golongan professional yang boleh beradaptasi dalam apa jua keadaan. Pada harga USD 3,000, sudah tentu ramai yang akan berpaling kepada Sony, Nikon, ataupun Canon yang miliki kamera dengan sensor yang lebih besar. Tapi, untuk yang mampu beradaptasi, saiz sensor bukanlah penghalang yang besar.

Hal ini kerana anda beroleh sebuah sistem professional superkompak dan lasak untuk menemani anda dalam keadaan ekstrim sekalipun.

Tags: olympusolympus om-dolympus om-d e-m1x
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Olympus OM-D E-M1X Hanya Untuk Yang Mampu Beradaptasi

Olympus OM-D E-M1X Hanya Untuk Yang Mampu Beradaptasi

29 January 2019
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN