• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi Note 7 dengan jaminan 18 bulan akan datang ke Malaysia bulan Mac

  • OLEH Najib
  • 7:04 pm
  • 30/01/2019
  • Komen
Redmi Note 7 dengan jaminan 18 bulan akan datang ke Malaysia bulan Mac
Share on FacebookShare on Twitter

Ramai yang dah tak sabar nak dapatkan telefon pintar kelas pertengahan terbaru dari Xiaomi, iaitu Redmi Note 7. Ia baru dilancarkan di China dengan set import telah mula berada di pasaran Malaysia.

Tetapi ada khabar mengatakan set rasmi Redmi Note 7 akan datang ke Malaysia pada bulan Mac nanti.



DirectD, salah satu dari pekedai yang menjalankan Stor Rasmi Mi di One Utama, berkongsi di Facebook tentang ketibaan Redmi Note 7. DirectD memaklumkan, set rasmi Malaysia untuk Redmi Note 7 akan mula dijual pada bulan Mac nanti.

Menariknya, set rasmi ini akan datang dengan jaminan 18-bulan, sama seperti yang ditawarkan di China. Ia akan ditawarkan dalam dua versi, RAM 3GB dan storan 32GB serta RAM 4GB dan storan 64GB. Di China, terdapat satu lagi versi iaitu RAM 6GB dan storan 64GB.



Kepada yang berminat untuk memilikinya nanti dan mahu jadi yang terawal mengetahui ketibaannya, boleh mendaftar minat di laman pendaftaran minat Redmi Note 7 DirectD.

Redmi Note 7 adalah telefon pintar yang dilihat mampu menjadi raja kelas pertengahan, dengan bajet di bawah RM1,000. Ia diperkasa cip pemproses Snapdragon 660, RAM sehingga 6GB dan storan sehingga 64GB.

Ia adalah telefon Redmi Note pertama dengan port USB-C, sambil mengekalkan bateri berkapasiti 4,000mAh. Telefon ini juga menyokong pengecasan pantas Quick Charge 4.0 tetapi pengecas dijual berasingan.

Skrinnya berukuran 6.3-inci HD Penuh, bersama takuk kecil titisan air yang memuatkan kamera hadapan 13MP. Ia juga telefon Redmi pertama dengan kamera belakang 48MP, dengan lensa kedua 5MP.

Redmi Note 7 masih mengekalkan jek audio 3.5mm serta pemancar infra merah. Ia juga menerima kad mikroSD untuk storan tambahan, dalam slot hibrid bersama kad sim nano.

Untuk perbandingan, Redmi Note 7 dijual di China pada harga seperti berikut:

  • RAM 3GB + Storan 32GB – RMB999 (RM603)
  • RAM 4GB + Storan 64GB – RMB1,199 (RM724)
  • RAM 6GB + Storan 64GB – RMB1,399 (RM845)

Di Malaysia kelak, ada harapan nampaknya ia boleh dijual di bawah RM1,000. Sama seperti siri Redmi Note sebelum ini. Jika anda tak sabar nak memilikinya, boleh dapatkan set import di Mobile 2 Go sekarang.

Tags: directdRedmi Note7xiaomi
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Infinix XPAD Edge tiba di Malaysia, tablet  mampu milik dengan 4G & skrin besar 13.2″

Infinix XPAD Edge tiba di Malaysia, tablet mampu milik dengan 4G & skrin besar 13.2″

18 December 2025
Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Redmi Note 7 dengan jaminan 18 bulan akan datang ke Malaysia bulan Mac

Redmi Note 7 dengan jaminan 18 bulan akan datang ke Malaysia bulan Mac

30 January 2019
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER