fbpx

29 APP Berkaitan Beautify Dikesan “Menjajah” Telefon Anda Tanpa Disedari

Untuk pengguna Android, APP yang ingin diterbitkan di Play Store akan melalui beberapa peringkat saringan keselamatan. Kami pun sudah mengutuskan artikel berkaitan langkah keselamatan di Android. Walau bagaimanapun, orang yang berniat jahat tetap ada dan akan berjaya mencari jalan tembus untuk meneruskan kegiatan mereka. Berita terkini adalah  daripada makmal kajian keselamatan Trend Micro mengesan 29 APP berkaitan gambar yang mempunyai niat tak baik kepada anda.

  1. Art Editor
  2. Art Effect
  3. Art Effect (pembangun yang berbeza)
  4. Art Effects for Photo
  5. Art Filter
  6. Art Filter Photo
  7. Art Filter Photo Editor
  8. Art Filter Photo Effcts
  9. ArtFlipPhotoEditing
  10. Artistic effect Filter
  11. Awesome Cartoon Art
  12. Beauty Camera
  13. Cartoon Art Photo
  14. Cartoon Art Photo (pembangu yang berbeza)
  15. Cartoon Art Photo Filter
  16. Cartoon Effect
  17. Cartoon Photo Filter
  18. Emoji Camera
  19. Fill Art Photo Editor
  20. Horizon Beauty Camera
  21. Magic Art Filter Photo Editor
  22. Photo Art Effect
  23. Photo Editor
  24. Pixture
  25. Prizma Photo Effect
  26. Pro Camera Beauty
  27. Selfie Camera Pro
  28. Super Camera
  29. Wallpapers HD

29 APP ini semuanya dalam kategori kecantikkan seperti menyunting wajah agar nampak lebih cantik dan pastinya orang yang menggunakan APP sebegini kadang kala alpa ataupun kurang kesedaran tentang risikonya. Terdapat pelbagai kaedah penipuan yang dikesan oleh pengkaji di Trend Micro.

Kaedah pertama adalah iklan rambang termasuklah yang mengandungi andungan lucah. Tambah teruk, kebanyakkan pop-up iklan ini tidak memberitahu daripada APP manakah ia berasal. Bagi yang lebih licik, sejurus APP dipasang, ikon APP tidak hadir dalam app tray telefon menjadikan proses menyahpasang amatlah sukar.

Pop-up yang menjengkelkan

Kaedah penipuan kedua adalah mencuri gambar pengguna tanpa mereka sedari. Misalnya, setelah anda melakukan penyuntingan gambar dan sebelum disimpan, APP akan berpura-pura memaparkan pop-up loading, padahal ia sedang menyalin gambar ke server luar.

BACA  Ciri keselamatan baru Instagram pasti melegakan pengguna yang sering digodam

Loading palsu, padahal sedang salin gambar ke awan

Daripada pemeriksaan rambang, kebanyakkan APP yang disenaraikan di atas sudahpun dibuang daripada PlayStore, tapi kalau anda telah memasangnya, anda disaran untuk membuangnya segera. Tapi jangan pula memasang APP beautify yang baru dikhuatiri ia adalah APP yang sama tapi disaluti “kulit” yang baru

[Sumber: Trend Micro]