• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy S10+ diluluskan SIRIM dengan kuasa pengecas wayarles terbalik

  • OLEH Najib
  • 9:43 pm
  • 10/02/2019
  • Komen
Galaxy S10+ diluluskan SIRIM dengan kuasa pengecas wayarles terbalik
Share on FacebookShare on Twitter

20 Februari merupakan tarikh pelancaran siri Galaxy S10. Malaysia merupakan salah satu pasaran utama Samsung, sering menjadi yang terawal menjual model terbaru telefon pintar keluarannya. Perkara ini hampir pasti untuk Galaxy S10 juga, selepas mendapat lampu hijau dari SIRIM.

Satu model baru telefon pintar dari Samsung telah ditemui di pengkalan data SIRIM. Menggunakan nombor model SM-G975F/DS, ia merujuk kepada Galaxy S10+. Dalam senarai tersebut, beberapa maklumat penting turut didedahkan.



Selain sokongan dwi-sim yang sudah menjadi standard peranti Samsung di Malaysia, Galaxy S10+ ini juga menyokong pelbagai band LTE termasuk 850MHz, 900MHz, 1800MHz, 2100MHz, 2300MHz dan 2600MHz.

Perkara baru yang ditemui adalah, sokongan terhadap standard baru WiFi 802.11ax atau lebih dikenali sebagai WiFi 6. Ia menyokong kelajuan Gigabit dan memiliki liputan lebih meluas. Walaupun ia adalah telefon pintar pertama menyokongnya, pengguna masih perlu mendapatkan router WiFi dengan sokongan sama untuk memaksimakan penggunaannya.



Satu lagi perkara baru ditemui padanya ialah, Wireless Power Transfer. Ia merujuk kepada keupayaan mengecas peranti lain seperti yang terdapat pada Huawei Mate 20 Pro.

Perkara ini selari dengan data yang dikongsikan oleh Roland Quandt. Menurut Roland, Samsung akan melancarkan fon kepala Gear IconX yang baru dan ia boleh dicas terus dari belakang telefon pintar Galaxy S10+.

Ketiadaan Galaxy S10 yang lebih kecil di SIRIM membawa kepada dua kemungkinan. Sama ada ia masih dalam proses pengesahan atau ia tidak akan tiba bersama Galaxy S10+. Perkara ini pernah berlaku di zaman Galaxy S7, di mana model Galaxy S7 Edge sahaja yang dilancarkan awal di Malaysia. Galaxy S7 yang lebih kecil hanya tiba beberapa bulan kemudian.

Jika anda berminat dengan Galaxy S10+ ini, pastikan anda bersiap sedia selepas pelancarannya pada 20 Februari 2019 kerana tempahan awal di Malaysia dijangka akan bermula sejurus ia dilancarkan di San Francisco kelak.

Terima kasih kepada KevinNgTK atas maklumat yang diberikan.

[Sumber: SoyaCincau, WinFuture]

Tags: Galaxy S10samsung
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Galaxy S10+ diluluskan SIRIM dengan kuasa pengecas wayarles terbalik

Galaxy S10+ diluluskan SIRIM dengan kuasa pengecas wayarles terbalik

10 February 2019
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN