• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei sambung lebih banyak promosi selepas Tahun Baru Cina

  • OLEH Najib
  • 11:24 am
  • 11/02/2019
  • Komen
Huawei sambung lebih banyak promosi selepas Tahun Baru Cina
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun Baru Cina sudah berlalu tetapi Huawei masih tidak putus-putus menyediakan tawaran menarik untuk peranti mereka. Promosi terbaru kini berlegar sekitar Hari Valentine di mana Huawei Malaysia menawarkan banyak jualan menarik dari 8 hingga 15 Februari 2019, di Stor Rasmi Online Huawei.

Seperti yang diumum sebelum ini, telefon pintar Huawei Nova 4 yang berharga RM1,899 kini telah dibuka tempahannya sehingga 13 Februari 2019. Tempahan awal ini menyediakan hadiah bernilai lebih RM400 dalam bentuk set kepala Bluetooth, pek hadiah permium dan baucar Huawei. Penghantaran akan dibuat bermula 14 Februari 2019.



Seterusnya Huawei menawarkan hadiah istimewa buat pasangan jika membeli telefon pintar terpilih, di Stor Rasmi Online Huawei di antara 12-15 Februari 2019. Hadiah berupa baucar makan malam di Hotel Westin KL diberikan jika membeli telefon pintar Huawei Mate 20 Pro, Mate 20X atau Mate 20. Selain itu, pembeli turut menerima pengecas wayarles, pengecas kereta dan tripod.

Jika anda sudah memiliki telefon pintar Huawei, anda boleh mendapatkan aksesori Huawei dengan harga istimewa semasa jualan kilat. Ia akan diadakan setiap hari pukul 12 tengah hari, pada 13-15 Februari 2019, menawarkan barangan seperti Powerbank, pengecas kereta dan kabel pada harga luar biasa rendah.



Selain itu, Huawei menawarkan penghantaran percuma untuk semua pembelian di Stor Rasmi Online Huawei antara 12-15 Februari 2019.

Akhir sekali, Huawei menawarkan hadiah untuk semua pengunjung menerusi cabutan bertuah. Pengguna hanya perlu mendaftar masuk ke Stor Rasmi Online Huawei di antara 8-12 Februari 2019, dan menerima 3 kali cabutan setip hari. Hadiah bernilai RM150,000 disediakan berupa baucar makan malam untuk 2 orang di Hotel westin KL, serta baucar tunai untuk pembelian produk Huawei. Satu cabutan bonus diberikan jika pengguna berkongsi kempen cabutan bertuah ini di platform media sosial.

Jangan lupa untuk mendapatkan semua tawaran hebat dari Huawei ini di Stor Rasmi Online Huawei. Untuk maklumat lanjut dan berita terkini tentang promosi, sila lawati Facebook Page Huawei Malaysia.

Tags: Huawei
Najib

Najib

POPULAR

Huawei sambung lebih banyak promosi selepas Tahun Baru Cina

Huawei sambung lebih banyak promosi selepas Tahun Baru Cina

11 February 2019
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN