fbpx

Galaxy M30 adalah peranti idaman ramai

Galaxy M10 dan M20 telah dilancarkan di India bulan lepas. Kini khabar tentang model ketiga dari siri-M telah mula tersebar di internet. Ia adalah model dengan spesifikasi yang lebih dari dua model yang telah dilancarkan.

Menurut Pricekart, peranti tersebut dikenali sebagai Galaxy M30, akan datang dengan skrin lebih besar berukuran 6.38-inci. Skrin ini bertakuk kecil Inifinity-V dengan resolusi HD Penuh, dan ia menggunakan paparan AMOLED.

Kuasa dalamannya hampir sama dengan M20. Pemprosesnya sama, Exynos 7904 tetapi dilengkapi RAM 6GB dan storan dalaman 128GB. Ia juga mungkin akan ditawarkan dengan RAM 4GB dan storan 64GB untuk memenuhi permintaan bajet lebih rendah.

Bahagian kameranya juga lebih baik. Di belakang, ia menggunakan tiga lensa, gabungan lensa utama 13MP F1.9, lensa lebar 5MP F2.2 dan lensa pengesan kedalaman 5MP F2.2. Kamera hadapan pula lensa tunggal 16MP F2.0.

Bateri di dalamnya sangat besar seperti M20, 5,000mAh dan dijangka disertakan pengecas pantas 15W melalui sambungan USB-C. Pengimbas capjari fizikal terdapat di belakang badan.

Di India, Galaxy M10 dan M20 telah dijual dengan harga berikut:

  • Galaxy M10 RAM 2GB + Storan 16GB – INR7,990 (~RM461)
  • Galaxy M10 RAM 3GB + Storan 32GB – INR8,990 (~RM519)
  • Galaxy M20 RAM 3GB + Storan 32GB – INR10,990 (~RM629)
  • Galaxy M20 RAM 4GB + Storan 64GB – INR12,990 (~RM745)

Dengan RAM 4GB dan storan 64GB, Galaxy M30 mungkin mempunyai tanda harga RM100 lebih mahal dari Galaxy M20, sekitar RM850. Mungkinkah Samsung boleh menawarkan model lebih baik, dengan RAM 6GB dan storan 128GB pada harga di bawah RM1,000 juga?

Kita perlu tunggu pengesahan lanjut dari Samsung. Berdoalah harganya lebih murah dan ia segera sampai ke Malaysia.

BACA  Rupa sebenar Galaxy Note 10+ dikesan

[Sumber: SoyaCincau, Pricekart]