• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Penaja

Jangan Beli Nova 4 Kecuali Anda Paham 5 Perkara Ini

  • OLEH Penaja
  • 11:09 am
  • 12/02/2019
  • Komen
Jangan Beli Nova 4 Kecuali Anda Paham 5 Perkara Ini
Share on FacebookShare on Twitter

HUAWEI nova 4 adalah telefon pertama yang hadir ke Malaysia dalam tahun 2019 dari peneraju pengeluar telefon pintar dari China itu. Selain dilengkapi spesifikasi setaraf flagship, bahagian pengimejan telefon ini tidak boleh diperlekeh.

Untuk berswafoto, ia diberikan kamera 25MP F2.0 yang menjajikan selfie sempurna setiap masa. Bahagian belakang pula ada tiga kamera dengan fungsi tertentu. Kamera utamanya ada sensor 20MP dan dibantu oleh kamera 16MP dengan sudut pandang lebar serta kamera 2MP untuk simulasi bokeh.



Dengan bantuan sistem operasi EMUI 9.0, kesemua kamera pada telefon ini saling bersinergistik memenuhi keperluan fotografi ataupun videografi anda. Ini adalah lima perkara yang anda perlu tahu tentang ciri-ciri video yang boleh ditemui pada HUAWEI nova 4.

1. Sistem Trikamera Serba Boleh

Ini adalah telefon nova pertama yang dilengkapi tiga kamera belakang. Nova 4. Kamera utamanya diberikan sensor 20MP dengan bukaan aperture f/1.8.
Sekiranya anda mengambil gambar potret berkumpulan ataupun pemandangan, kamera keduanya miliki lensa sudut pandang luas dengan sensor 16MP berapertur f/2.2.



Simulasi bokeh pula memanfaatkan kamera 2MP f/2.4 apabila anda mengaktifkan mode Portrait pada telefon ini.

Terdapat pelbagai mode yang boleh anda gunakan untuk disuaikan dengan genre gambar yang ingin diambil. Kalau anda merakam video dengannya, jangan lupa aktifkan resolusi 4K UHD untuk beroleh video beresolusi tinggi.

2. Deringan Video Untuk Panggilan Masuk

Kalau anda masih ingat, telefon dengan fungsi polifonik amatlah hypp pada waktu itu. Dengan kekunci T9, kita boleh menyalin kod-kod tertentu untuk menjadi nada dering.

Tapi dalam tahun 2019, apa kata anda gunakan video sebagai deringan panggilan masuk. Nova 4 ada sediakan beberapa tetapan video yang sesuai untuk dijadikan deringan.

https://www.youtube.com/watch?v=xW4QneQh4NA

Tak terhad dengan video sedia ada, anda juga boleh menggunakan hampir apa saja video untuk tujuan tersebut. Maka, pengehadnya cumalah kekreatifan anda.

3. Penyuntingan Video Dengan Bantuan AI.

Segala-galanya boleh dilakukan menggunan telefon. Masa ini, video viral YouTube pun berkemungkinan besar datang daripada lensa telefon. Tapi untuk menyunting video pada telefon amatlah susah.

Anda perlukan satu APP untuk melakukan potongan video, satu APP untuk memasukkan muzik, dan APP yang lain untuk memasukkan kesan khas.
Tapi pada Huawei Nova 4, semuanya dilakukan dalam satu tempat. Lebih canggih, cip NPU yang ada pada Kirin 970 boleh mengambil alih sebahagian besar tugasan menyunting video dari bahu anda.

Hasilnya, AI boleh menghasilkan video kreatif hanya dengan satu sentuhan. Ia cukup bijak untuk mengesan wajah dan konteks video. Ini amat menyenangkan anda terutamanya yang gemar ber-vlog.

4. Penstabil Imej Digital Untuk Vlog Anda

Video bergegar adalah perkara biasa jika anda memegang badan telefon semasa merakam. Ia boleh diatasi dengan gimbal untuk meredam gegeran dari pelbagai paksi.

Tapi tak siapa yang ingin membawa gimbal besar gedabak dan harga gimbal bukannya murah.

Nova 4 ada pensabil imej terbina dalam badannya. Menggunakan algoritma khas, sensor giroskop digunakan untuk menjadi peredam video.

Untuk membantu anda beroleh video yang cantik, Nova 4 juga secara automatik akan mengubah tetapan ISO dan shutter speed.

5. Video Slow-Mo Luaskan Ruang Kreatif

Video yang kreatif terhasil bila kita melihat sesuai dalam perspektif yang berbeza. Subjek yang pada mata kita biasa akan jadi unik dengan sentuhan tertentu.

Fungsi Slow-mo yang ada pada kamera Nova 4 akan jadikan adegan mengunyah roti pun nampak menarik dalam gerak perlahan sehingga 480 bingkai sesaat. Menggunakan slow-mo, gerbang kekreatifan anda terbuka lebih luas.

Dapatkan sebuah nova 4 hari ini

Jika anda berminat untuk memiliki sebuah HUAWEI nova 4, ia akan mula dijual 14 Februari 2019. Tapi tempahan akan dibuka bermula 8 Februari 2019 hingga 13 Februari 2019.

Setiap pembelian nova 4, anda akan menerima headset Bluetooth percuma tapi jika anda buat tempahan awal, anda juga akan terima premium gift pack.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut ataupun singgah ke Facebook Huawei Malaysia agar anda tidak terlepas berita-berita terkini.

Tags: HuaweiHuawei Novahuawei nova 4penaja
Penaja

Penaja

POPULAR

Jangan Beli Nova 4 Kecuali Anda Paham 5 Perkara Ini

Jangan Beli Nova 4 Kecuali Anda Paham 5 Perkara Ini

12 February 2019
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER