• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

iQoo satu jenama baru timbul di weibo milik siapa?

  • OLEH Najib
  • 11:34 am
  • 13/02/2019
  • Komen
iQoo satu jenama baru timbul di weibo milik siapa?
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti sudah menjadi trend masakini buat pengeluar telefon pintar untuk melancarkan satu lagi jenama lain di bawahnya. Xiaomi ada Pocophone dan baru mengasingkan Redmi, Huawei dengan Honor, OPPO pula ada Realme. Kini dikhabarkan Vivo juga mahu mengikut jejak langkah ini, dengan memperkenalkan iQoo.

Perkara ini ditemui menerusi akaun iQoo yang baru ditubuhkan di weibo. Post pertama yang dikeluarkan mereka ialah bertanyakan bagaimana cara nak menyebut iQoo. Mereka meminta orang ramai memberi komen berkenannya.



24 jam selepas itu, mereka memuat naik satu video yang menerangkan cara menyebutnya. Kalau dalam ejaan, ia menjadi Ai-ku.

Buat masa ini, tiada sebarang maklumat tentang apakah sebenarnya iQoo ini. Malah, di laman weibo tersebut juga tidak menyebut langsung nama Vivo. Tetapi carian di internet telah memandu kami ke laman web www.iqoo.com, dan ia hanya menyiarkan cerita tentang sejarah Vivo. Ini menandakan hubungan rapat iQoo dan Vivo.



Persoalan penting sekarang ialah, di manakah kedudukan iQoo. Honor dan Realme diletakkan sebagai jenama yang lebih mampu dimiliki manakala Pocophone pula diperkenalkan sebagai jenama gaming bajet. Adakah iQoo akan diperkenalkan sebagai jenama mampu milik atau lebih atas?

[Sumber: GSMarena, iQoo]

Tags: iQoovivo
Najib

Najib

POPULAR

iQoo satu jenama baru timbul di weibo milik siapa?

iQoo satu jenama baru timbul di weibo milik siapa?

13 February 2019
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

16 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

14 November 2026
Acer POSWARE diperkenal di Malaysia, tawar sistem POS dan paparan dapur dari RM4,999

Acer POSWARE diperkenal di Malaysia, tawar sistem POS dan paparan dapur dari RM4,999

12 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN