• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mi 9 akan dilancar dengan 3 kamera pada 20 Februari

  • OLEH Najib
  • 7:41 pm
  • 13/02/2019
  • Komen
Mi 9 akan dilancar dengan 3 kamera pada 20 Februari
Share on FacebookShare on Twitter

20 Februari nampaknya akan menjadi hari yang sibuk dalam dunia peranti mudah alih. Samsung akan melancarkan siri Galaxy S10 tetapi Xiaomi nampaknya akan mengadakan majlis pelancaran lebih awal pada hari yang sama. Xiaomi hari ini mengumumkan akan melancarkan Mi 9 di China, pada 20 Februari 2019.

Bukan sahaja kad jemputan telah dikeluarkan, Xiaomi turut berkongsi beberapa gambar berkaitan Mi 9. Paling ketara, ialah gambar belakang Mi 9 di dalam casing yang menunjukkan tiga lensa kamera belakang.



Gambar ini ditayangkan oleh Roy Wang, seorang ahli kumpulan TFBoys dari China. Beliau dilantik sebagai duta dan mempamerkan Mi 9 dengan casing yang memiliki nama beliau.

Mi 9 dikhabarkan akan menjalankan cip pemproses terbaru Qualcomm, Snapdragon 855 dengan skrin AMOLED 6.4-inci bertakuk kecil. Ia dipasang pengimbas capjari di dalam skrin dan memiliki bateri 3,500mAh di dalam yang menyokong pengecasan pantas Quick Charge 4.0 32W.



Tiga kameranya di belakang dikatakan ialah lensa 48MP + 12MP + ToF. Manakala kamera hadapan pula 25MP.

Majlis pelancaran Mi 9 akan diadakan di China pada 20 Februari 2019. Jika bernasib baik, kita akan dapat melihatnya dalam majlis pelancaran yang akan diadakan Xiaomi di MWC 2019 di Barcelona, pada 24 Februari 2019. Jika ya, bermakna ia sedia untuk dipasarkan di peringkat antarabangsa dan segera tiba di Malaysia.

[Sumber: Weibo, GSMarena]

Tags: Mi 9xiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Mi 9 akan dilancar dengan 3 kamera pada 20 Februari

Mi 9 akan dilancar dengan 3 kamera pada 20 Februari

13 February 2019
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN