• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi dedah rupa Mi 9 dan tarikh pelancaran antarabangsa

  • OLEH Najib
  • 3:28 pm
  • 15/02/2019
  • Komen
Xiaomi dedah rupa Mi 9 dan tarikh pelancaran antarabangsa
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi sebelum ini telah mengumumkan majlis pelancaran Mi 9 di China, yang akan berlangsung pada 20 Februari 2019. Kini, mereka mengesahkan pelancaran peringkat antarabangsa, yang akan diadakan pada 26 Februari 2019, bertempat di Barcelona yang turut menjadi tuan rumah acara MWC 2019.

Petunjuk ini diberikan oleh Xiaomi menerusi media sosialnya. Seperti yang diketahui, Mi 9 akan memiliki tiga kamera belakang tetapi spesifikasinya masih samar. Dalam gambar yang dikongsi Xiaomi ini, ia seakan memberi bayangan kepada jenis kamera Mi 9.



Guess what's c 🧿🧿🧿 ming? #MakeItHappen pic.twitter.com/2iVPCz1Yva

— Xiaomi (@Xiaomi) February 13, 2019

Lensa atas adalah untuk pengesan tahap kedalaman bagi menghasilkan efek kabur bokeh. Lensa tengah pula ialah lensa utama, pastinya dengan apertur besar dan bagus mengambil gambar waktu malam. Lensa di bawah pula, ialah lensa ultra lebar.

Perkara ini dihebohkan lagi oleh Naib Presiden Xiaomi, Wang Xiang menerusi twitternya. Beliau berkongsi rupa belakang Mi 9 yang berwarna biru. Tiga kamera belakangnya disusun menegak seperti Huawei P20 Pro, dengan LED Flash di bawahnya.



Tiada pengimbas capjari di belakang. Ini mengukuhkan lagi ura-ura yang mengatakan ia memiliki pengimbas capjari di dalam skrin.

Boleh dilihat juga bahagian bawah telefon, terdapat port USB-C yang diapit jeriji besi. Pastinya untuk kegunaan pembesar suara dan mikrofon.

Badan belakang Mi 9 memiliki lengkung di kedua belah sisi. Warna yang digunakan pula memiliki efek warna berubah-ubah antara biru, hijau, ungu, kuning dan banyak lagi.

Di sisi pula, pada satu bahagian terdapat butang kawalan bunyi dan satu butang lain di bawahnya. Di sisi sebelah lagi, terdapat satu lagi butang. Jika ia sama seperti Mi MIX 3, ia adalah butang untuk mengaktifkan AI, yang turut boleh diubah dan digunakan untuk pelbagai perkara lain.

 

Jika pemurah, Xiaomi pasti akan mendedahkan beberapa lagi perkara sebelum pelancaran Mi 9 pada 20 Februari nanti. Harapan tertinggi pastinya pada tanda harga yang lebih rendah dari biasa. Ini, kena tunggu bila dilancarkan nanti.

[Sumber: SoyaCincau]

Tags: Mi 9MWC 2019xiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Xiaomi dedah rupa Mi 9 dan tarikh pelancaran antarabangsa

Xiaomi dedah rupa Mi 9 dan tarikh pelancaran antarabangsa

15 February 2019
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN