TuneTalk mahu bagi data percuma sehingga setahun

Jika anda ingin mendapatkan data percuma setiap bulan sehingga setahun lamanya, anda boleh mendapatkan tawaran terbaru dari TuneTalk. Ia memberikan 3GB data percuma setiap bulan, sehingga 12 bulan.

Terdapat tiga jenis tawaran disediakan, untuk pengguna baru, pengguna yang mahu beralih talian ke TuneTalk, dan pengguna sedia ada yang belum berubah ke pek Value Prepaid.

Bagi pengguna baru, hanya beli pek permulaan prabayar TuneTalk dan aktifkan. Kemudian, dalam masa 7 hari selepas menerima SMS pengaktifan, buat tambah nilai sekurang-kurangnya RM30. 3GB data akan diberikan dan setiap 30 hari selepasnya selama 5 bulan, pengguna akan menerima 3gb kuota data baru. Promosi ini bermula dari 16 Februari sehingga diberitahu kelak.

Untuk pengguna dari talian lain, bertukar ke talian TuneTalk secara Port-In dan permohonan perlu berjaya selewatnya pada 30 Jun 2019. Selepas itu, buat tambah nilai sekurang-kurangnya RM30. 3GB data akan diberikan dan setiap 30 hari selepasnya selama 11 bulan, pengguna akan menerima 3GB kuota data baru. Promosi ini bermula dari 16 Februari.

Pengguna sedia ada yang masih belum bertukar ke pek baru TuneTalk Value Prepaid, boleh bertukar ke pek baru tersebut dan menerima 3GB data percuma setiap 30 hari, selama 6 bulan.

Dengan ini, pengguna baru dan pengguna sedia ada yang bertukar ke pek Value Prepaid, akan menerima sejumlah 18GB data sepanjang 6 bulan. Bagi pengguna yang bertukar talian ke TuneTalk, akan menerima sejumlah 36GB data dalam temoh 12 bulan.

Bagaimanapun, pengguna perlu memastikan talian sentiasa aktif untuk menerima data percuma ini. Bermakna, membuat tambah nilai RM30/bulan untuk memastikan talian aktif selama 30 hari, atau membeli pengaktifan talian selama 365 hari dengan membayar RM100.

BACA  EOS 200D II Masuki Malaysia Dan Sesuai Jadi Kamera Pertama Anda

Bagi pengguna pek lama TuneTalk Buddies Prepaid, boleh membeli pengaktifan talian selama 365 hari berharga RM28 sahaja. Kemudian, baru bertukar ke pek TuneTalk Value Prepaid dan buat tambah nilai RM30, untuk menerima data percuma selama 6 bulan, sambil talian aktif selama setahun.

Untuk maklumat lanjut, layari laman promosi Data Percuma TuneTalk.