• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Paris dipilih lokasi pelancaran Huawei P30 bulan depan

  • OLEH Najib
  • 3:33 pm
  • 19/02/2019
  • Komen
Paris dipilih lokasi pelancaran Huawei P30 bulan depan
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei hari ini secara rasminya mengumumkan tarikh pelancaran telefon pintar siri P30. Menerusi sebaran di media sosial rasmi mereka, pelancaran siri P30 akan dibuat pada bulan Mac depan.

Kota cinta Paris sekali lagi terpilih untuk pelancaran ini, selepas hampir setahun siri Huawei P20 dilancarkan. Kali ini, 26 Mac 2019, hari Selasa telah dipilih sebagai hari pelancaran P30.



Rules were made to be rewritten. Paris, 26.03.2019. #RewriteTheRules #HUAWEIP30 pic.twitter.com/hFzZI3pVYr

— Huawei Mobile (@HuaweiMobile) February 19, 2019

Apakah pembaharuan yang akan dibawakan oleh P30? Tahun lepas, Huawei P20 Pro menjadi perintis kepada kamera belakang tiga lensa, yang kini menjadi ikutan ramai pengeluar telefon pintar. Tahun ini, khabar angin kuat mengatakan bahawa Huawei P30 Pro akan dilengkapi 4 lensa kamera belakang.

Perkara ini disahkan oleh pengeluar casing Spigen, yang telah pun mula menjual casing untuk P30 dan P30 Pro. Dari gambar yang terdapat di laman web Spigen, P30 akan kekal dengan tiga lensa kamera belakang seperti P20 Pro. Manakala P30 Pro akan dipasang empat lensa kamera belakang.



Kedua-dua siri P30 ini dilihat menggunakan skrin bertakuk kecil titisan air, dijangka dari jenis AMOLED seperti di P20. Dari rupa casing ini juga, dapat dilihat bahawa Huawei P30 masih mengekalkan jek audio 3.5mm manakala versi Pro tidak ada.

Dari segi kuasa dalaman, sudah pasti kedua-dua telefon pintar ini akan menggunakan cip pemproses Kirin 980 yang sama dengan siri Mate 20. Cuma, adakah ia akan memecah batasan RAM 8GB dan storan 256GB?

Huawei P30 sudah pasti akan menjadi pesaing ketat buat Samsung Galaxy S10 yang akan dilancarkan dalam masa beberapa hari lagi. Yang mana akan menarik lebih banyak minat dan pembeli?

[Sumber: Huawei]

Tags: HuaweiHuawei P30
Najib

Najib

POPULAR

Paris dipilih lokasi pelancaran Huawei P30 bulan depan

Paris dipilih lokasi pelancaran Huawei P30 bulan depan

19 February 2019
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN