fbpx

Pengguna Maxis boleh menikmati dunia dua SIM di iPhone sekarang

Seperti yang diwar-warkan sebelum ini, Maxis hari ini menawarkan fungsi eSIM untuk pengguna iPhone XR, XS dan XS Max. Ini membolehkan pengguna Maxis berhubung ke rangkaian tanpa memerlukan kad sim fizikal. Malah, ia juga membenarkan pengguna iPhone model terbaharu, menggunakan dua sim atau dua nombor, pada telefon pintar mereka buat pertama kalinya.

Buat masa ini, hanya pengguna pascabayar Maxis dan pascabayar Hotlink Postpaid Flex sahaja yang boleh mendapatkan servis eSIM. Untuk pengguna sedia ada, eSIM boleh diperolehi di mana-mana pusat perkhidmatan Maxis dan rakan eksklusif Maxis.

Untuk pembeli iPhone baru di Stor Online Maxis, eSIM akan dipasang siap dengan telefon baru anda.

Menurut Maxis, caj pertukaran SIM akan dikenakan untuk menukar kad sim fizikal sedia ada kepada eSIM. Begitu juga sebaliknya, jika pengguna mahu menukar eSIM kepada kad SIM fizikal. Jika bertukar peranti, pengguna hanya perlu mendapatkan kod QR baru untuk mengaktifkan eSIM.

Langkah untuk mengaktifkan eSIM ini amat mudah. Sebelum itu, kena pastikan iPhone yang berkenaan, menjalanakan sistem operasi iOS 12.1 dan ke atas. Selepas menerima kit pengaktifam eSIM, ia boleh diaktfikan dengan mengimbas kod QR dari laman tetapan Mobile Data iPhone.

Jika memiliki kedua-dua eSIM dan kad SIM fizikal di dalam iPhone, ia boleh digunakan secara aktif serentak untuk membuat panggilan dan menggunakan internet, sama seperti penggunaan dua kad SIM fizikal.

Pelajari lebih banyak tentang cara-cara menggunakan dwi-sim iPhone di sini. Untuk maklumat lanjut tentang eSIM Maxis, layari laman webnya di sini.

[Sumber: Maxis]

BACA  Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro akan tiba pada 8 Oktober