Siri A dalam barisan produk telefon Samsung adalah yang berada dalam kelas pertengahan untuk dipertimbang sesisapa yang tidak dapat menggapai tanda harga Galaxy S10. Dua daripada Galaxy A yang baru dilancarkan ialah Galaxy A50 dan A30, dan kedua-duanya membuat penampilan sulung mereka di MWC 2019.
Sungguhpun tidak memilki spesifikasi teknikal superpremium seperti siri S, Samsung ingin membolehkan penggunanya menikmati manfaat ekosistem Samsung Galaxy tanpa tak keluarkan belanja yang besar.
Kedua-dua A50 dan A30 menyokong perkhidmatan seperti Samsung Health, Samsung Pay, Bixby, dan pelbagai lagi.
Samsung Galaxy A50
Galaxy A50 adalah yang paling tinggi spesifikasinya dalam kalangan duo itu. Ia miliki paparan sebesar 6.4″ HD Penuh dalam panel AMOLED dengan penggunaan skrin Infinity-U.
Disebalik paparan itu ada pengimbas cap jari yang terbina disebalik panel. Jadi ini adalah Galaxy A pertama dengan teknologi seumpamanya diberikan.
Samsung mengatakan yang materi yang digunakan mereka untuk badan telefon ini adalah 3D Glasstic. Jika pengeluar menggunakan terma-terma bombastik seperti ini, berkemungkinan besar mereka ingin menyembunyikan sesuatu. Tekaan saya yang ia adalah badan plastik saja.
Di bahagian belakang ada tiga kamera dengan spesifikasi teknikal sperti ini:
- Kamera 1: 25MP F1.7
- Kamera 2: 5MP F2.2
- Kamera 3: 8MP F2.2
Beralih ke jabatan selfie pula, kamera 25MP F2.0 boleh digunakan.
Kekuasaan telefon ini disumbang oleh penggunaan cip oktateras yang tidak diberitahu daripada model apa tapi spekulasi ada menyatakan yang ia adalah Exynos 9610. Membantu CPU itu adalah RAM sehingga 6GB dan storan sehingga 128GB.
Storan boleh diperluas melalui slot SD hibrid sehingga 512GB. Bateri berkapasiti 4,000mAh membekalkan tenaga pada komponen elektronik dan ia ada teknologi pengecasan pantas.
Spesifikasi Galaxy A50
Samsung Galaxy A30
Daripada sudut fizikaliti, A30 adalah 99% mirip A50. Beza paling ketara antara keduanya adalah pada dua bahagian ini.
Yang pertama adalah ia dikuasakan dwikamera belakang. Padanya, ada kamera 16MP F1.7 yang digandingkan bersama kamera 5MP F2.2. Untuk berselfie, kamera 16MP F2.0 diberikan.
Pengimbas cap jari terletak di belakang telefon dan bukannya disebalik paparan.
Papaparan yang dimilikinya sama seperti A50, jadi anda beroleh telefon 6.4″ dengan paparan Infinity-U. 3D Glasstic juga adalah materi yang dimaklumkan Samsung diguna pada badan A30.
Di papan utama, ia diberikan CPU dekateras yang dipercayai Exynos 7914 dengan RAM sehingga 4GB serta storan sehingga 64GB. Storan boleh diperluas sehinga 512GB melalaui slot hibrid.
Bateri yang menguasakan Galaxy A30 adalah 4,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas.
Spesifikasi Galaxy A30
Harga
Tidak kedengaran tentang harga telefon ini walaupun untuk pasaran Eropah. Tapi besar kemungkinan ia akan diumumkan di India sebelum Februari 2019 berakhir.
Tapi anda boleh jangkakan ia lebih murah daripada Galaxy S10e yang dipasarkan di Malaysia pada harga RM2,699.