• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Aktifkan Sim Kedua Di iPhone Anda Dengan Pelan XOX Ini

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:12 pm
  • 27/02/2019
  • Komen
Aktifkan Sim Kedua Di iPhone Anda Dengan Pelan XOX Ini
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas Maxis mengumumkan pelan eSIM mereka, hari ini giliran XOX Mobile pula. Melalui ONEXOX Black, pengguna iPhone dan iPad boleh menikmati panggilan suara dan data pada harga serendah RM38 tanpa kad SIM fizikal.

Ada empat pelan ditawarkan sebagai permulaan. Mereka ialah B39, B59e, B89, dan B149. Pelan yang paling murah menerima data berkelajuan tinggi sebanyak 8GB, panggilan suara 50 min, dan 50 keping SMS.



Yang paling mahal berharga RM149 dan anda terima data sebanyak 30GB, panggilan suara 300 minit serta 300 keping SMS.

Walau bagaimanapun, produk hanya untuk pendaftaran baru saja. Tiada fungsi MNP ataupun menaik taraf daripada kad SIM fizikal ke eSIM buat masa ini.



Selain iPhone, ada juga peranti Android yang boleh melanggan ONEXOX Black. Senarai peranti yang menyokong fungsi eSIM XOX adalah seperti:

  • iPhone XR
  • iPhone XS
  • iPhone XS Max
  • iPad Pro 2018
  • Google Pixel 3 XL
  • Google Pixel 3
  • Google Pixel 2

Proses pendaftaran amat mudah kerana semuanya berlakang secara dalam talian sepenuhnya. Anda cuma perlu memberikan salinan kad pengenalan anda dan bayar saja pelan pilihan.

Anda akan beroleh emel mengandungi kod QR. Di bahagian Setting iPhone, cari pilihan Add Data Plan dan imbas kod QR itu untuk mengaktifkan eSIM anda.

Layari laman rasmi produk untuk melanggan eSIM XOX Black.

Tags: eSimiphoneXOXxox black
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Aktifkan Sim Kedua Di iPhone Anda Dengan Pelan XOX Ini

Aktifkan Sim Kedua Di iPhone Anda Dengan Pelan XOX Ini

27 February 2019
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN