• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Celcom jawab kenyataan SKMM, tiada Pusat Internet ditutup

  • OLEH Najib
  • 11:14 am
  • 12/03/2019
  • Komen
Celcom jawab kenyataan SKMM, tiada Pusat Internet ditutup
Share on FacebookShare on Twitter

Saranan dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) membuatkan Celcom tampil untuk membuat penjelasan bahawa, tiada Pusat Internet di bawah kelolaannya akan ditutup. Celcom memaklumkan, mereka tegas dengan komitmen untuk menyediakan perkhidmatan digital yang sama rata untuk masyarakat kurang berkemampuan, terutama melalui Pusat Internet.

Dalam penjelasan mereka, Celcom menyedari kenyataan media SKMM berkenaan dakwaan Pusat Internet seluruh negara akan ditutup, berpunca dari memo yang ditulis oleh kontrakor lantikan Celcom, Nusuara Technologies Sdn Bhd. Celcom menafikan mereka terlibat dalam memo tersebut dan ia ditulis tanpa pengetahuan dan kebenaran Celcom.



Untuk itu, Celcom akan mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor tersebut. Celcom komited dalam menyokong aspirasi kerajaan untuk melaksanakan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) serta menyokong Pusat Internet di seluruh negara.

Celcom kini mengendalikan 175 pusat internet di seluruh negara dengan tumpuan kepada komuniti di kawasan luar bandar dan miskin bandar, yang menyediakan perkhidmatan internet jalur lebar berkelajuan tinggi, kursus dan latihan ICT serta edagang.



Tags: celcomNusuaraPusat InternetSKMM
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Celcom jawab kenyataan SKMM, tiada Pusat Internet ditutup

Celcom jawab kenyataan SKMM, tiada Pusat Internet ditutup

12 March 2019
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN