• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy A30 dan A50 tiba di Malaysia minggu depan

  • OLEH Najib
  • 11:46 am
  • 14/03/2019
  • Komen
Harga sangat menarik untuk Galaxy A50 dan Galaxy A30 di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung akan melancarkan Galaxy siri M pada hari Isnin, 18 Mac 2018. Ia akan dijual secara eksklusif dalam talian, menerusi laman e-dagang Shopee. Kini kami menerima satu lagi berita, majlis pelancaran telefon pintar Samsung pada hari yang sama.

Satu jemputan media ke majlis pelancaran Samsung Galaxy A30 dan A50 baru kami terima. Majlis pelancaran ini akan diadakan pada hari yang sama dengan pelancaran Galaxy M, iaitu hari Isnin, 18 Mac 2018. Suratan atau kebetulan? Nasib baik berbeza masa dan lokasi.



Walaupun belum dilancarkan, harga Galaxy A30 dan A50 telah didedahkan lebih awal oleh Mobile 2 Go. Kedua-dua telefon ini akan dijual pada harga:

  • Galaxy A30, RAM 4GB + Storan 64GB – RM799
  • Galaxy A50, RAM 6GB + Storan 128GB – RM1,199

Kedua-dua telefon pintar ini hadir dengan paparan Super AMOLED Inifinity-U, berukuran 6.4-inci dan bertakuk U di dahi. Ia diperkasa pemproses Exynos kelas pertengahan dan memiliki bateri berkapasiti 4,000mAh. Ia turut menyokong pengecasan pantas melalui USB-C.



Galaxy A30 memiliki dwi-kamera belakang 16MP+5MP. Pengimbas capjari fizikal juga terdapat di belakang. Manakala Galaxy A50 datang dengan tiga kamera belakang, 25MP+8MP+5MP. Pengimbas capjari pula terletak di dalam skrin hadapan.

Kami pertama kali bertemu Galaxy A30 dan A50 di pameran MWC 2019 di Barcelona bulan lepas. Peranti tersebut datang dengan NFC dan menyokong Samsung Pay. Tetapi penemuan dua peranti ini di SIRIM pula menyatakan ia tidak memiliki NFC. Maka, set Malaysia dilihat tidak akan menyokong Samsung Pay.

Apakah ada kejutan lain akan dibuat oleh Samsung Malaysia semasa pelancaran Galaxy A30 dan A50 di Malaysia kelak? Nantikan laporan lanjut kami semasa majlis pelancarannya.

Sementara itu, kenali lebih lanjut Galaxy A30 dan A50 dalam laporan kami di sini. Serta tonton video mengenainya di bawah ini.

Tags: Galaxy A30Galaxy A50samsung
Najib

Najib

POPULAR

Harga sangat menarik untuk Galaxy A50 dan Galaxy A30 di Malaysia

Galaxy A30 dan A50 tiba di Malaysia minggu depan

14 March 2019
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN