• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Media sosial jadi platform siaran langsung pengganas New Zealand

  • OLEH Najib
  • 3:36 pm
  • 15/03/2019
  • Komen
Media sosial jadi platform siaran langsung pengganas New Zealand
Share on FacebookShare on Twitter

Petang ini dunia dikejutkan dengan laporan pengganas di New Zealand di mana mereka menceroboh dua masjid dan melakukan tembakan rambang. Bertambah menyayat hati apabila pengganas ini membuat strim video secara langsung kejadian tersebut melalui media sosial.

Video tersebut dirakam menggunakan kamera yang dipasang di helmet kepala pengganas tersebut dan berlangsung selama 17 minit. Ini satu perkembangan yang sangat memualkan apabila media sosial dipergunakan untuk kejadian yang sangat tidak berperikemanusiaan.



Rakaman siaran langsung ini bermula dari dalam kereta pengganas, yang dikenalpasti sebagai Subaru Wagon. Beliau keluar dari kereta tersebut membawa pelbagai senjata api dan kemudiannya membuat tembakan rambang di dalam masjid.

Beliau akhirnya kembali ke kereta dan memecut kenderaannya keluar dari kawasan tersebut. Dalam pada itu, kelihatan banyak mayat dan orang ramai yang cedera bergelimpangan selepas ditembak berkali-kali.



Video ini kini bertebaran di media sosial tetapi warganet diminta agar tidak menyebarkan lagi video tersebut. Ia adalah sesuatu yang tidak patut dipertontonkan kepada orang ramai disebabkan perbuatan yang amat jahat dan tidak berperikemanusiaan.

Kerajaan New Zealand telah mengesahkan, sebanyak 40 orang terbunuh dalam kejadian tersebut dan lebih 40 orang lagi sedang dirawat di Hospital Christchurch. Seramai 4 orang telah ditahan, termasuk seorang wanita selepas serangan itu.

Our hearts are broken over today’s terrible tragedy in New Zealand. Please know we are working vigilantly to remove any violent footage.

— YouTube (@YouTube) March 15, 2019

Platform video terbesar dunia, YouTube telah mengambil langkah aktif membuang segala video yang memaparkan keganasan ini kerana ia melanggar peraturan yang ditetapkan. YouTube awal tahun ini telah mengumumkan pengharaman muat naik sebarang video yang membahayakan diri dan penonton.

Kepada orang ramai di luar sana khususnya rakyat Malaysia, jika anda menerima video ini, jangan sebarkan kepada orang lain. Jadilah manusia yang bertanggungjawab dan mempunyai rasa simpati dengan tidak menyebarkan video keganasan dan di luar norma manusia, kepada orang lain.

Kelakuan anda di masa kinilah yang membentuk masyarakat di masa hadapan.

KEMASKINI: SKMM melarang sebaran atau perkongsian rakaman video insiden tembak di Masjid Christchurch.

https://twitter.com/SKMM_MCMC/status/1106463075815686144

[Sumber: BBC, Newshub NZ]

Tags: YouTube
Najib

Najib

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Media sosial jadi platform siaran langsung pengganas New Zealand

Media sosial jadi platform siaran langsung pengganas New Zealand

15 March 2019
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

3 July 2026
Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

24 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN