fbpx

Harga vivo V15 diumum bersama tempahan awal

Vivo V15 ialah telefon pintar dengan kamera hadapan 32MP yang boleh disembunyikan, sama seperti abangnya V15 Pro. Tetapi ia memiliki kekurangan berbanding V15 Pro, menjadikan harganya juga lebih murah.

Stor Rasmi Vivo di Lazada kini membuka tempahan awal untuk V15, dan mempamerkan harganya yang belum diberitahu sebelum ini. V15 dijual di Malaysia pada harga RM1,399 dan hadir dalan dua pilihan warna, Topaz Blue dan Glamour Red.

Tempahan awal di Stor Rasmi Vivo di Lazada, boleh menerima diskaun tambahan RM100 dengan menggunakan kod LZDV15 semasa checkout. Selain itu, tempahan awal juga akan menerima hadiah percuma bernilai RM699 iaitu pembesar suara JBL, kotak hadiah V15, bantal Lu Han, poska Lu Han dan powerbank Vshare.

Kepada yang berminat untuk memiliki V15, boleh berbuat sekarang di Stor Rasmi Vivo di Lazada. Tempahan akan dihantar bermula 23 Mac 2019.

Untuk yang belum kenal, V15 memiliki skrin nirtakuk berukuran 6.53-inci HD Penuh+. Ia dikuasakan cip pemproses Mediatek Helio P70, RAM 6GB, dan storan dalaman 128GB. Kad mikroSD diterima untuk storan tambahan.

Kamera hadapannya boleh disembunyikan di belakang skrin. Ia menggunakan sensor 32MP yang sama dengan V15 Pro. Di belakang pula, ia dilengkapi tiga kamera iaitu lensa utama 12MP, lensa ultra lebar 8MP dan lensa pengesan kedalaman 5MP.

Bateri sebesar 4,000mAh dipasang di dalam dan ia masih menggunakan mikroUSB untuk mengecas. Ia datang bersama pengecas pantas 9V2A. Sistem operasinya menjalankan FunTouh OS 9 berasaskan Android 9.0 Pie.

Untuk perbandingan, Vivo V15 Pro berharga RM1,799 di Malaysia. Perbezaannya ialah, V15 Pro menggunakan skrin lebih kecil 6.15-inci dan memiliki pengimbas capjari di dalam skrin. V15 Pro juga menggunakan cip pemproses Snapdragon 675 yang lebih berkuasa, dari Helio P70 di V15.

BACA  Pinjaman anda lebih mudah diluluskan dengan menyemak markah kredit di iMoney CreditScore