• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Peranti gaming Mate 20 X kini lebih murah dari Mate 20 Pro

  • OLEH Najib
  • 1:32 pm
  • 19/03/2019
  • Komen
Huawei gelar Mate 20 X peranti gaming muktamad
Share on FacebookShare on Twitter

Menuruti gelombang penurunan harga untuk siri Mate 20, Huawei Malaysia hari ini mengumumkan pula harga baru untuk peranti gaming berskrin besar mereka, Mate 20 X. Ia kini dijual pada harga RM300 lebih murah dari harga pelancarannya.

Harga baru untuk Mate 20 X di Malaysia kini turun ke RM2,899 daripada harga asalnya RM3,199. Harga baru ini berkuatkuasa hari ini dan boleh didapati di semua pengedar sah Huawei di seluruh Malaysia.



Lebih menarik lagi, Huawei Malaysia turut memberikan hadiah percuma berupa Flip Cover dan M-Pen, bernilai lebih RM300.

Mate 20 X memiliki cip pemproses Kirin 980, RAM sebanyak 6GB dan storan dalaman 128GB untuk memberikan prestasi tertinggi. Peranti ini disertakan sistem penyejukan Vapor Chamber bersama filem Graphene, dinyatakan memiliki elemen penyejuk yang lebih baik dari biasa. Peranti kurang berasa panas dan boleh bermain game dengan lebih lama.



Huawei turut menyatakan, Mate 20 X memiliki kuasa GPU Turbo 2.0 bagi memberikan pengalaman bermain game yang lebih hebat. Bateri besar 5,000mAh dipasang di dalam Mate 20 X, yang datang bersama pengecas pantas Huawei SuperCharge. Pengecasan dibuat melalui port USB-C dan ia tidak menyokong pengecasan wayarles.

Skrin Mate 20 X seluas 7.2-inci HD Penuh+ (2244 x 1080) dari jenis OLED, dengan takuk kecil titisan air. Tetapi ia diikitraf IP53, kalis percikan air dan debu sahaja. Tiada pengimbas cap jari dalam skrin padanya, kerana ia menggunakan pengimbas cap jari fizikal yang terletak di belakang.

Menambah keseronokan bermain game di Mate 20 X adalah pembesar suara stereo sebenar, terletak di bahagian bawah dan atas telefon. Jek fon kepala 3.5mm masih terdapat di Mate 20 X, memberi lebih pilihan kepada pengguna untuk menikmati sistem audio.

Kamera di Mate 20 X adalah sama jenis dengan Mate 20 Pro. Ia datang dengan 3 kamera belakang iaitu lensa utama 27mm 40MP F1.8, lensa ultra lebar 16mm 20MP F2.2 dan lensa telefoto 80mm 8MP F2.4. Bagi kamera hadapan, ia menggunakan lensa 24MP F2.0.

Najib

Najib

POPULAR

Huawei gelar Mate 20 X peranti gaming muktamad

Peranti gaming Mate 20 X kini lebih murah dari Mate 20 Pro

19 March 2019
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

Acer Aspire Go 15 jawapan kepada MacBook Neo? Ini penjelasan Acer

9 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN