• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nova 3i turun harga, kini RM350 lebih murah dari harga asal

  • OLEH Najib
  • 4:59 pm
  • 25/03/2019
  • Komen
Nova 3i turun harga, kini RM350 lebih murah dari harga asal
Share on FacebookShare on Twitter

Semakin banyak peranti dengan storan 128GB di bawah RM1,000 telah membanjiri pasaran Malaysia. Paling terbaru ialah Huawei Nova 3i. Peranti yang dilancarkan setahun yang lalu ini berharga RM1,249 tetapi kini baru sahaja diturunkan harga kepada RM899 sahaja.

Harga baru ini ditemui menerusi pengumuman DirectD di Facebook mereka. DirectD menawarkannya dengan banyak hadiah percuma berupa fon kepala, botol air dan i-ring.



Kajian lebih lanjut mempertemukan kami dengan Stor Online Huawei Malaysia, turut mengemaskini harga baru Nova 3i menjadi RM899. Terdapat tiga warna boleh dipilih antara Putih, Hitam dan Iris Purple.

Selain pakar swafoto, Huawei Nova 3i ialah peranti kelas pertengahan dengan kuasa pemproses Kirin 710 di dalam. Ia disertakan bersama RAM sebanyak 4GB dan storan dalaman 128GB.



Gelaran pakar swafotonya dimiliki menerusi susunan 4 kamera, dua di belakang dan dua di depan. Kamera belakangnya gabungan lensa 16MP+2MP manakala kamera di depan pula 24MP+2MP.

Bateri di dalam Nova 3i berkapasiti 3,340mAh dan dicas melalui port mikroUSB. Sedikit sebanyak, Nova 3i amat menyerupai Honor 8X yang kini berharga RM849. Honor 8X memiliki kelebihan dari segi skrin dan bateri yang lebih besar.

Tags: Huaweinova 3i
Najib

Najib

POPULAR

Nova 3i turun harga, kini RM350 lebih murah dari harga asal

Nova 3i turun harga, kini RM350 lebih murah dari harga asal

25 March 2019
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN