• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei cantas harga tablet Mediapad T3 dan telefon Y9 2019

  • OLEH Najib
  • 5:50 pm
  • 27/03/2019
  • Komen
Huawei Y9 2019 digelar telefon mampu milik terbaik Huawei
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei meneruskan penurunan harga model lama peranti mereka, kali ini melibatkan peranti berskrin besar iaitu Huawei Y9 2019 dan Mediapad T3. Ia diumumkan selepas telefon pintar Nova 3i diturunkan harga awal minggu ini.

Harga baru untuk Huawei Y9 2019 ialah RM819 berbanding RM899 semasa ia dilancarkan hujung tahun lepas. Manakala tablet Mediapad T3 yang berusia lebih setahun, kini diturunkan RM100 menjadi RM399 sahaja.



Huawei Y9 2019 memiliki skrin bertakuk dengan ukuran 6.5-inci. Baterinya sebesar 4,000mAh dan dicas melalui port mikroUSB.

Telefon besar ini dipasang empat kamera, dengan kamera 13MP+2MP di belakang dan kamera 16MP+2MP di depan. Ia dikuasakan cip pemproses Kirin 710 bersama RAM sebanyak 4GB dan storan dalaman 64GB.



Sedikit sebanyak, Y9 2019 mirip dengan Nova 3i yang kini berharga RM899 tetapi memiliki storan lebih besar 128GB.

Mediapad T3 pula ialah tablet dengan skrin sebesar 7-inci HD. Ia merupakan tablet bajet dengan prestasi cukup makan. Kuasanya digerakkan oleh pemproses Mediatek MT8127, RAM 2GB dan storan 16GB sahaja.

Kamera yang sama digunakan di depan dan belakang tablet ini, iaitu 2MP dengan fokus tetap. Bateri juga sangat kecil, hanya 3,100mAh dan dicas melalui mikro USB.

Dengan kuasa sebegini, ia mencukupi buat tontonan Youtube anak-anak tanpa bermain game.

Harga baru telefon pintar Huawei Y9 2019 dan tablet Mediapad T3 boleh didapati di semua stor Huawei Experience, stor Online Huawei pengedar sah Huawei serta syarikat telekomunikasi.

Tags: HuaweiHuawei Y9 2019Mediapad T3
Najib

Najib

POPULAR

Huawei Y9 2019 digelar telefon mampu milik terbaik Huawei

Huawei cantas harga tablet Mediapad T3 dan telefon Y9 2019

27 March 2019
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER