• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pemandu E-hailing wajib ambil lesen PSV dan tukar kegunaan kenderaan

  • OLEH Najib
  • 1:39 pm
  • 28/03/2019
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) baru sahaja mengumumkan bahawa pemandu atau bakal pemandu perkhidmatan e-hailing (seperti Grab, MyCar, MULA) perlu memiliki Lesen Vokasional (PSV-Teksi/E-hailing) sebelum 12 Julai 2019. Ia selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 56, Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987).

Ini untuk meletakkan pemandu E-hailing setara dengan pemandu perkhidmatan Teksi, yang bertindak sebagai penyedia kenderaan perkhidmatan awam. Pemandu akan menerima kad fizikal lesen vokasional yang baharu.



Pemohon Lesen Vokasional ini boleh mendaftar di Institut Memandu dan Pusat Latihan Memandu yang diiktiraf oleh JPJ, bermula 1 April 2019. Modul latihan Lesen Vokasional yang terlibat adalah selama 6 jam dengan kadar yuran maksima ditetapkan kerajaan pada RM200.

Manakala kenderaan yang ingin digunakan sebagai kenderaan E-hailing dan berusia kurang dari 3 tahun dari tarikh pendaftaran, hendaklah menjalani proses tukar kegunaan dari Kenderaan Persendirian Individu kepada Kenderaan Persendirian E-hailing. Permohonan boleh dibuat di Pejabat JPJ Negeri dan Cawangan di seluruh Malaysia kecuali UTC, bermula 1 April 2019.



Bagi kenderaan berusia lebih 3 tahun dari tarikh pendaftaran, perlu menjalani Pemeriksaan Awalan Terpakai di PUSPAKOM terlebih dahulu sebelum menjalani proses tukar kegunaan kenderaan di JPJ. Pemeriksaan PUSPAKOM boleh dilakukan di 54 cawangan PUSPAKOM di seluruh negara, serta di 8 pusat bergerak PUSPAKOM.

Beberapa peraturan ditetapkan untuk kenderaan yang boleh digunakan untuk E-hailing. Ia terbuka kepada semua jenis kenderaan kecuali Pick-Up, dengan 4-11 tempat duduk termasuk pemandu. Bagi kenderaan 8 penumpang ke atas (9 termasuk pemandu), ia perlu dilengkapi kit pertolongan cemas. Semua kenderaan juga perlu memiliki alat pemadam api 1kg jenis serbuk kering atau karbon dioksida.

Bagi cermin kenderaan, ia perlu memiliki tahap ketelusan cahaya lebih 70% untuk skrin depan, lebih 50% untuk tingkap pemandu dan sebelah pemandu, dan lebih 30% untuk penumpang belakang dan skrin belakang.

Menurut JPJ, peraturan dan garis panduan ini ditetapkan untuk memberi perlindungan keselamatan kepada pemandu, penumpang dan pihak ketiga terhadap sebarang risiko yang tidak diingini. Penguatkuasaan akan dikenakan kepada pemandu dan kenderaan yang ingkar, bermula 12 Julai 2019 selaras dengan pengumuman oleh Menteri Pengangkutan.

[Sumber: JPJ]

Tags: E-HailingGrabJPJMulaMyCar
Najib

Najib

POPULAR

Pemandu E-hailing wajib ambil lesen PSV dan tukar kegunaan kenderaan

28 March 2019
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026
Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

28 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN