Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Sony Mobile akan bergabung dengan kamera, audio dan tv

Selepas dilaporkan senyap-senyap keluar dari pasaran Asia Tenggara, Sony diberitakan akan menggabungkan jabatan telefon pintar Xperia mereka bersama produk TV, Audio dan kamera di dalam jabatan baru yang dipanggil Produk dan Penyelesaian Elektronik. Ia berikutan prestasi jualan produk elektronik mereka yang kian merudum.

Menurut WCCF Tech, Sony telah kehilangan hampir USD1 Bilion pada tahun sebelumnya. Untuk tahun fiskal 2018, pengeluar telefon pintar Jepun ini dilaporkan menjual hanya 6.5 juta unit telefon, di mana ianya adalah separuh dari tahun sebelumnya, dan hanya 1/6 berbanding lima tahun lepas. Untuk perbandingan, IDC menyatakan sebanyak 1.4 bilion telefon pintar telah dijual pada tahun 2018.

Berbanding menjual atau menutup terus jabatan telefon pintar mereka, Sony dilihat masih lagi tidak mahu berputus asa. Untuk mula membuat keuntungan semula, Sony dijangka akan mengurangkan tenaga kerja berkaitan telefon pintar dari 4,000 orang ke 2,000 orang pada Mac 2020. Selain itu, Sony turut dilaporkan akan menutup kilang pembuatan mereka di Beijing dan beralih ke Thailand untuk mengurangkan kos.

Ketua Pegawai Kewangan Sony, Hiroki Totoki sebelum ini memaklumkan, kerugian yang dialami Xperia adalah disebabkan kos R&D yang tinggi untuk rangkaian 5G. Sony dikatakan terpaksa mengekalkan penyelidikan dalaman untuk membina aplikasi berkaitan. Dengan kerja yang berterusan untuk penghasilan telefon pintar 5G, Sony mahu membangunkan teknologi 5G yang boleh digunakan di seluruh kumpulan Sony.

Xperia 1

Nikkei Asian Review pula melaporkan, Sony akan mengehadkan penjualan telefon pintar di Asia Tenggara dan rantau lain untuk memberi fokus kepada pasaran Eropah dan Asia Timur. Pengurangan kos memang penting untuk Sony kembali melonjak naik tetapi masih banyak perlu dilakukan untuk Sony bersaing dengan jenama lain seperti Huawei, Xiaomi dan Oppo, selain peneraju sedia ada iaitu Samsung dan Apple.

BACA  Ini benda yang perlu anda tahu tentang CPU Intel Core Generasi ke-11

Telefon pintar terbaru keluaran mereka, Xperia 1 tampil berbeza dari yang lain dengan paparan lebar dalam nisbah 21:9 tetapi ia masih tidak cukup menarik minat pembeli. Meletakkan harga super premium untuk peranti mereka kelihatan tidak membantu membaiki prestasi jualan. Malah, pengeluar telefon no 1 dunia, Samsung telah mengubah halatuju produk mereka apabila melancarkan siri A serba baru dengan spesifikasi lebih baik pada harga jauh lebih murah.

[Sumber: Android Authority]